Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan terus meningkat kepada 3,734 orang daripada 1,028 keluarga di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan tengah hari ini, berlindung di 25 pusat pemindahan (PP).
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata angka itu meningkat berbanding 2,869 daripada 779 keluarga pagi tadi.
Beliau berkata di bahagian Kuching ketika ini, lapan PP dibuka di daerah Kuching, dan lapan di daerah Bau, manakala di bahagian Serian lima dibuka di daerah Serian dan satu di daerah Padawan.
BACA: Mangsa banjir di Sarawak meningkat 2,869 pagi ini
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata tiga lagi PP di bahagian Samarahan terdiri daripada Masjid Darul Ibadah, Dewan Serbaguna Balai Bomba Siburan, dan Sekolah Kebangsaan Endap; ketiga-tiganya berada dalam daerah Kota Samarahan.
Sementara itu, difahamkan seorang pemuda dilaporkan hilang dibawa arus semasa cuba menyeberangi sungai di Kampung Maang, Siburan, kira-kira 30km dari sini malam tadi.
Jurucakap bomba berkata operasi mencari pemuda yang dikenali sebagai Judus (attn sub- diulangi, only Judus), 20, sedang ditingkatkan menerusi 'surface water searching' dengan bot sekitar 1km dari kawasan beliau dilaporkan hilang.
Bernama
Sun Feb 21 2016
![Sarawak: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,374 Sarawak: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,374](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455081056_Banjir.jpg)
Seorang surirumah, Hamimah Seman dibantu anaknya membersihkan ruang dapur rumah mereka selepas banjir surut di Kampung Sungai Maong, baru-baru ini. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sarawak: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,374 Sarawak: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,374](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455081056_Banjir.jpg)
Sarawak: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,374
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan terus meningkat kepada 3,734 orang daripada 1,028 keluarga di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan tengah hari ini, berlindung di 25 pusat pemindahan (PP).