Sarawak bakal lakar sejarah tersendiri apabila berjaya mencipta biogas berasakan kanji rumbia pertama di dunia.
Projek yang sedang diusahakan dengan Craun Research ini telah mendapat kelulusan kerajaan negeri pada Mac 2020.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, ia bakal menjadi sumber kepada gas alternatif yang menjadikan kos jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan gas silinder pada ketika ini.
“Projek yang dibangunkan di Kampung Teh dan Kampung Tabo, Mukah ini pada asalnya adalah bagi mencari penyelesaian secara bersepadu kepada masalah pencemaran alam sekitar hasil aktiviti pemprosesan kanji rumbia.
“Hanya selepas itu beralih kepada penghasilan biogas kanji rumbia pada tahun 2018 hasil kajian Craun Research sejak 2003,” ujarnya.
Tambahnya, untuk fasa permulaan, biogas yang dihasilkan akan disalurkan untuk kegunaan isi rumah di dua kampung tersebut bagi menggantikan penggunaan gas konvensional.
Abdul Yakub berkata demikian semasa taklimat Projek Rakyat: Bionatural Gas Distribution for Rural Household bersama Ketua Pegawai Eksekutif Craun Research, Zaidell Hussaini pada Rabu.
Astro Awani
Wed Jul 08 2020
Projek yang dibangunkan di Kampung Teh dan Kampung Tabo, Mukah ini pada asalnya adalah bagi mencari penyelesaian secara bersepadu kepada masalah pencemaran alam sekitar daripada aktiviti pemprosesan kanji rumbia. FOTO: GAMBAR FAIL
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 176 orang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara menurun kepada 176 orang setakat 12 tengahari, berbanding 183 mangsa pagi tadi.
Angka terkini ini melibatkan 46 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Lima negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 46 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Lima negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Pindaan Akta 588: Kesan pemilik akaun palsu media sosial
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, justeru itu salah satu cadangan dalam pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah untuk mewujudkan satu seksyen baharu bagi memperkukuhkan kuasa penguatkuasaan.
RUU Pindaan Akta 588 dilulus jemaah menteri, dijangka bentang disember ini
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memberitahu Dewan Rakyat bahawa pindaan RUU tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Parlimen pada Disember ini.
Mahkamah perintah 172 jam tangan 'Pride Collection' dikembali kepada The Swatch Group
Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas oleh KDN tahun lepas, dikembalikan semula kepada The Swatch Group.
KPKT pinda garis panduan elak rumah ibadat bukan Islam terima peruntukan berulang
Beliau berkata, prosedur pemproses permohonan sama ada secara terus atau menerusi sistem e-RIBI akan disaring kementerian, sebelum dinilai pasukan penilaian dan pemantauan.
Ahmad Nawab, seniman sepanjang zaman - Datuk Habsah Hassan
Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab diingati sebagai seorang komposer yang memahami selera masyarakat dan sentiasa mengikuti arus perubahan muzik sejak era 50-an hingga kini.
Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan, menyifatkan kemampuan Allahyarham menyesuaikan karya dengan pelbagai era, termasuk era Saloma, Sharifah Aini, dan Jamal Abdillah, sebagai faktor kejayaan karya-karyanya.
Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan, menyifatkan kemampuan Allahyarham menyesuaikan karya dengan pelbagai era, termasuk era Saloma, Sharifah Aini, dan Jamal Abdillah, sebagai faktor kejayaan karya-karyanya.
Semangat, kreativiti Ahmad Nawab disanjung tinggi
Semangat dan kreativiti Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab dikongsi sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan oleh komposer muzik,Datuk Wah Idris.
[TERKINI] Legenda muzik Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."
Jabatan Imigresen mohon Skim KP hingga Jusa Gred B
Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution begitu juga bilangan penjawatan lain diperluaskan kepada strategik lain seperti Pengarah Negeri dan Pengarah Bahagian serta Atase Imigresen.
Sarawak cipta biogas kanji rumbia pertama di dunia
Sarawak bakal lakar sejarah tersendiri sebagai negeri pertama di dunia yang mencipta biogas berasaskan kanji rumbia.
PRN Sarawak: Adenan Satem umum tiga bakal calon, tiga DUN
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan tiga calon