Pendekatan Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak menyediakan lot tanah untuk penduduk setinggan berjaya mengurangkan jumlah penduduk kawasan berkenaan daripada 9,760 orang pada 2010 kepada 4,285 orang pada tahun ini.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah itu, 2,307 daripada mereka telah dibantu untuk berpindah.
Jabatan berkenaan membantu menyediakan lot-lot tanah untuk golongan yang tinggal di kawasan setinggan membina rumah yang lebih sempurna di kawasan yang lebih sesuai, katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Menangani Isu Kemiskinan Bandar di Sarawak di sini, pada Rabu.
Beliau berkata jawatankuasa itu masih lagi mengguna pakai lapan cadangan yang dikemukakan menerusi Kajian Kemiskinan Bandar Sarawak 2013 yang termasuk pewujudan pangkalan data golongan miskin bandar, skim-skim bantuan perumahan dan peningkatan kemahiran.
Beliau berkata pangkalan data berkaitan statistik golongan miskin bandar yang terkini dan bersepadu juga diperlukan memandangkan sesetengah data yang dimiliki oleh agensi-agensi tertentu tidak menyeluruh.
Data-data ini katanya, boleh dijadikan sebagai sumber rujukan bagi membuat dasar yang boleh membantu perancangan bandar, pendidikan dan penyediaan peluang pekerjaan kepada golongan tersebut.
"Kalau kita bercakap berkaitan miskin bandar ini, kita ambil semua maklumat daripada (pertubuhan) badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan, (senarai) eKasih yang kita gabung jalinkan dan pastikan menjadi satu data yang sahih, tidak bertindih dan mempunyai kredibiliti.
"Penglibatan pekerja sosial yang profesional juga diperlukan dalam mengenal pasti dan seterusnya membantu menangani isu-isu lain yang timbul daripada rantaian masalah kemiskinan bandar ini dengan melibatkan mereka dalam usaha menukar keyakinan diri, corak pemikiran dan sikap golongan ini," katanya
Peningkatan migrasi penduduk luar bandar ke bandar yang memiliki kemahiran pembangunan diri yang rendah menjadi antara punca kepada wujudnya populasi miskin bandar di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 24 2020
Fatimah berkata pangkalan data berkaitan statistik golongan miskin bandar yang terkini dan bersepadu juga diperlukan memandangkan sesetengah data yang dimiliki oleh agensi-agensi tertentu tidak menyeluruh. - Gambar fail
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
UK sumbang bantuan GBP5 juta untuk UNICEF Lubnan di tengah serangan dan tembakan roket
Bantuan itu akan disalurkan kepada bekalan perubatan, kit kebersihan, bahan api untuk stesen air dan pasukan kecemasan.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Malaysia hulur bantuan kepada Namibia yang dilanda kemarau
Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya menyerahkan sumbangan negara kepada Perdana Menteri Namibia, Saara Kuugongelwa Amadhila pada Isnin.
Banjir: Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
Menteri luar ASEAN nyatakan solidariti dengan negara terjejas taufan
ASEAN menegaskan solidaritinya dengan kerajaan yang terjejas serta yakin negara-negara itu akan dapat mengatasinya dan pulih dengan segera.
Thailand pergiat usaha bantu mangsa banjir
Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bekalan kini mencukupi.
Kerajaan Thailand percepat usaha pemulihan di kawasan terjejas banjir
Terdapat enam wilayah yang masih terjejas akibat banjir termasuk Chiang Rai, Phayao, Nan, Phrae, Phetchabun dan Sukhothai.
Korea Selatan sedia tawar bantuan banjir kepada Korea Utara
Korea Selatan bersedia untuk berbincang bagi menyalurkan skala dan bekalan bantuan yang diperlukan serta cara mengagihkannya.
UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini
UPSI menyalurkan bantuan kepada keluarga bekas pelajarnya Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, termasuk kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim.
PBB pindahkan bantuan bertimbun di jeti Gaza - WFP
Abeer Etefa memaklumkan pekerja mula mengangkut bantuan bertimbun kebanyakannya makanan ke gudang pada Jumaat.