KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak akan melengkapkan usaha kerajaan persekutuan dalam menyediakan latihan teknikal dan vokasional untuk melahirkan modal insan berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan invovatif serta berdaya saing tinggi dalam arus pembangunan negara.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam hal ini Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Negeri telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan agensi lain dalam menerajui latihan teknikal di negeri ini.
"Kajian Universiti Malaysia Sarawak pada 2014 menganggarkan menjelang 2030, lebih satu juta pekerjaan baharu akan diwujudkan di mana lebih 50 peratus atau lebih 600,000 pekerjaan adalah pekerjaan mahir dan separuh mahir.
"Kini kita (Sarawak) mempunyai 104 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) awam dan swasta di negeri ini dengan jumlah kapasiti kira-kira 30,000 pelatih. Institusi ini bersama-sama menghasilkan output tahunan kira-kira 11,000 pemegang sijil dalam kemahiran berbeza," katanya dalam ucapan penutupan Majlis Worldskills Malaysia (WMS) Sarawak 2023, di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
Abang Johari berkata Sarawak akan mewujudkan lebih banyak pusat latihan teknikal dan pada masa yang sama menyesuaikan kualiti program dan kursus sedia ada untuk memenuhi keperluan industri dalam pelbagai bidang.
"Pada kadar sekarang, kami hanya mampu melahirkan 500,000 pekerja mahir menjelang 2030. Kami perlu meningkatkan kapasiti latihan kami dengan ketara.
"Negeri akan memerlukan peningkatan tiga kali ganda dalam enrolmen program TVET bagi memenuhi keperluan negeri dan an negara," katanya.
Beliau berkata Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang menganjurkan pertandingan kemahiran yang disokong padu oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan tujuan mengiktiraf belia berkemahiran tinggi dan meningkatkan kemahiran pelatih daripada institusi TVET awam dan swasta.
WMS Sarawak adalah cabang WMS dan Worldskills dengan misi meningkatkan profil dan pengiktirafan pekerja berkemahiran serta menampilkan kepentingan kemahiran dalam mencapai pertumbuhan ekonomi dan kejayaan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Abang Johari berkata Sarawak akan mewujudkan lebih banyak pusat latihan teknikal dan pada masa yang sama menyesuaikan kualiti program dan kursus sedia ada untuk memenuhi keperluan industri dalam pelbagai bidang. - Gambar fail/Bernama

Pulau Pinang telah kemuka nama calon TYT baharu - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri yang baharu kepada Pejabat Perdana Menteri bagi pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.
Perang dagang tidak halang pertumbuhan sektor teknologi
Sektor teknologi diramal masih mampu berkembang kukuh, walaupun wujud ketidaktentuan susulan perang dagang amerika syarikat dan china, kata penganalisis

Kes Syed Saddiq: 'Saya hadir sebagai seorang sahabat' - Bella Astilah
Bella Astilah akan hadir ke Mahkamah Rayuan mengikuti prosiding kes membabitkan Syed Saddiq.
TNB terus kekal sebagai pelaburan stabil
Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilihat sebagai pelaburan stabil berikutan daya tahan pendapatannya selain penilaian yang sederhana di sebalik ketidaktentuan pasaran

Lelaki warga India lemas di Tasik Dayang Bunting
Operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan BBP Langkawi.

Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung turun tiga sen
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Syarikat OGSE perlu jalin kersama strategik sesama mereka
Ada keperluan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia, menjalin kerjasama strategik sesama mereka

Boling: Muhammad Hafiz sedia pertahan gelaran di Terbuka Malaysia 2025
Muhammad Hafiz menganggap usahanya untuk mempertahankan gelaran dalam Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2025, sebagai pertarungan antara dirinya dan jatuhan pin.
Sektor Perdagangan Runcit Meningkat 8.2% pada Januari 2025
Pada Januari 2025, sektor perdagangan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 8.2% tahun ke tahun, mencerminkan permulaan yang positif untuk tahun ini. Peningkatan perbelanjaan dalam kategori makanan, minuman, tembakau, dan kedai bukan khusus menjadi pendorong utama, meskipun ada penyesuaian dasar seperti harga diesel yang lebih tinggi. MIDF Research optimis terhadap daya beli pengguna, yang didorong oleh kestabilan pasaran pekerjaan dan sokongan dasar kerajaan. Selain itu, sektor pelancongan yang berkembang pesat dan peningkatan kedatangan pelancong antarabangsa memberikan potensi besar untuk perniagaan berfokuskan pengguna.
AI, E-Dagang pacu kestabilan sektor logistik domestic
Sektor logistik domestik dijangka kekal stabil pada 2025, dengan dipacu pertumbuhan E-Dagang dan kitaran menaik teknologi global yang dipacu permintaan kecerdasan buatan (AI)

SELC 2025 perkasa literasi Bahasa Inggeris seluruh Sarawak
SELC 2025 yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 19 Sept depan akan menumpukan kepada perkongsian amalan terbaik untuk meningkatkan literasi bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Sarawak bantu usaha kerajaan persekutuan lahir modal insan kemahiran tinggi - Abang Johari
Kerajaan negeri Sarawak akan melengkapkan usaha kerajaan persekutuan dalam menyediakan latihan teknikal dan vokasional untuk melahirkan modal insan berkualiti dalam arus pembangunan negara.