KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) semalam melancarkan 'Sara dan Wawa' sebagai dua watak maskot realiti tambahan (AR) terbaru untuk mempromosikan produk pelancongan negeri itu.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kedua-dua maskot AR itu dibangunkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu Sara merupakan Orang Ulu berpakaian tradisional dan Wawa pula seekor burung kenyalang.
"Mereka akan diletakkan di lokasi strategik dengan perhubungan internet bagi menyediakan maklumat kepada pengunjung berkenaan pengalaman pelancongan yang menyeronokkan dan inovatif di Sarawak," katanya semasa melancarkan kedua-dua maskot berkenaan di sini.
Acara pelancaran itu dijalankan serentak dengan Hari Penghargaan Penaja untuk acara Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF 2020) dan Festival Jazz Borneo.
Katanya RWMF 2022 akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak di sini dari 17 hingga 19 Jun, sementara Festival Jazz Borneo pula akan berlangsung di Coco Cabana Miri dari 24 hingga 26 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Acara pelancaran kedua-dua maskot dijalankan serentak dengan Hari Penghargaan Penaja untuk acara Festival Muzik Hutan Hujan Dunia dan Festival Jazz Borneo. - Facebook Jiwa Bakti
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Sara dan Wawa maskot baharu pelancongan Sarawak
Kedua-dua maskot AR itu dibangunkan oleh Universiti Malaysia Sarawak.