Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang dikhuatiri lemas di Batang Samarahan berhadapan risiko besar, kerana kawasan tersebut dikenal pasti memiliki populasi buaya yang banyak.
Malah penduduk kampung sering melihat kelibat sang bedal itu, yang tidak takut akan kehadiran manusia yang lalu lalang di kawasan tersebut dengan menaiki feri.
"Inilah halangan terbesar kita dalam operasi pada kali ini. Namun ia tidak akan menghalang usaha kita menjalankan operasi SAR, dan pasukan penyelam Penyelamat Di Dalam Air (PPDA) kita bersedia untuk melaksanakan tamggungjawab, jika telah mengenal pasti lokasi berpotensi," kata komander operasi, yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, Jackson Anyia.
Dalam kejadian pagi semalam, Bernabas Lias Jalal, 77 tahun, hilang selepas cuba menahan kenderaan pacuan empat rodanya daripada terjunam ke dalam sungai ketika feri yang dinaikinya dari Samarahan ke Asajaya sedang bergerak.
Tindakan itu gagal, apabila Bernabas ikut serta jatuh sebelum lenyap.
Jackson berkata, operasi SAR hari ini diperluas sehingga menjangkau lima kilometer radius dari lokasi mangsa jatuh.
"Kita kini sedang melaksanakan operasi pencarian permukaan dengan menggunakan besi cakar.
"Sehingga jam 11.30 pagi tadi, kami telah menemui beberapa petunjuk baharu, berdasarkan tompokan minyak diesel di beberapa kawasan tidak jauh dari lokasi sasaran," katanya.
Mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam kenderaannya. Maklumat awal daripada keluarga mangsa memaklumkan Bernabas pandai berenang.
Malah ketika kejadian tingkap kenderaannya dalam keadaan terbuka.
Rohana Wahed
Tue May 15 2018
Pasukan SAR berhadapan risiko besar, kerana kawasan tersebut dikenal pasti memiliki populasi buaya yang banyak.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
SAR warga emas sukar, buaya banyak - Bomba
Pasukan penyelamat berdepan cabaran sukar untuk mengesan kedudukan Bernabas Lias Jalal yang terjatuh ke dalam sungai bersama kenderaannya di Batang Samarahan, Kota Samarahan.