KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu disyaki terlibat dalam skim penipuan sapiza extra saving di empat negeri menerusi serbuan pada 27 Jan lepas.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata kesemua mereka terdiri daripada enam wanita dan dua lelaki berusia antara 31 dan 37 tahun.
Beliau berkata serbuan turut merampas sebuah kenderaan mewah, beberapa kad mesin juruwang automatik (ATM), telefon bimbit pelbagai jenama dan dokumen dipercayai digunakan dalam kegiatan itu.
"PDRM menerima 116 laporan di seluruh negara berhubung skim penipuan berkenaan yang melibatkan kerugian dianggar RM4.43 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noorsiah siasatan awal mendapati skim itu mula aktif sejak 2015 dengan menawarkan simpanan berasaskan 'permainan kutu'.
Beliau berkata ia bermula pada 2021 apabila skim tersebut mula menawarkan beberapa pelan simpanan baharu iaitu serendah RM250 hingga RM20,000 merangkumi tempoh simpanan antara dua dan lima bulan.
"Sebagai tambahan, skim baharu yang ditawarkan turut menjanjikan keuntungan sebanyak 15 hingga 40 peratus daripada jumlah wang disimpan bagaimanapun, sejak Oktober 2022, pengendali skim simpanan ini didapati mulai gagal untuk melunaskan pembayaran keuntungan kepada peserta," katanya.
Noorsiah berkata dalam usaha untuk membanteras kegiatan penipuan seumpama itu, PDRM mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan melakukan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
![Sapiza extra saving: Enam wanita antara lapan individu ditahan Sapiza extra saving: Enam wanita antara lapan individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650803293_gari.jpg)
Kesemua mereka terdiri daripada enam wanita dan dua lelaki berusia antara 31 dan 37 tahun. - Gambar hiasan
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Polis terima 57 laporan penipuan mesin minuman layan diri libatkan kerugian RM5.3 juta Polis terima 57 laporan penipuan mesin minuman layan diri libatkan kerugian RM5.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718704815_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Polis terima 57 laporan penipuan mesin minuman layan diri libatkan kerugian RM5.3 juta
Polis menerima 57 laporan mengenai skim penipuan mesin minuman layan diri yang melibatkan kerugian lebih RM5.3 juta sejak tahun lalu.
![Polis buka 54 kertas siasatan berkaitan penipuan Snuppee Mall Polis buka 54 kertas siasatan berkaitan penipuan Snuppee Mall](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673262180_RohaimiMdIsa.jpg)
Polis buka 54 kertas siasatan berkaitan penipuan Snuppee Mall
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman membuka 54 kertas siasatan terhadap syarikat Snuppee yang didakwa menipu pengguna membabitkan kerugian bernilai lebih RM1 juta.
![Pelaburan Planetrade: Sembilan ditahan, kerugian mangsa cecah RM17.55 juta - PDRM Pelaburan Planetrade: Sembilan ditahan, kerugian mangsa cecah RM17.55 juta - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680831122_Planetrade.jpg)
Pelaburan Planetrade: Sembilan ditahan, kerugian mangsa cecah RM17.55 juta - PDRM
Sebanyak 92 laporan polis berkaitan skim penipuan tersebut diterima.
![Sapiza extra saving: Enam wanita antara lapan individu ditahan Sapiza extra saving: Enam wanita antara lapan individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650803293_gari.jpg)
Sapiza extra saving: Enam wanita antara lapan individu ditahan
Siasatan awal mendapati skim itu mula aktif sejak 2015 dengan menawarkan simpanan berasaskan 'permainan kutu'.
![Perang korona di laman e-dagang, wujud penipuan, remaja dalang Perang korona di laman e-dagang, wujud penipuan, remaja dalang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582492515_covid.jpg)
Perang korona di laman e-dagang, wujud penipuan, remaja dalang
Remaja 15 tahun bakal didakwa Singapura tipu jual topeng dalam talian.
![Jangan terpedaya penipuan pengambilan pekerja - Malindo Air Jangan terpedaya penipuan pengambilan pekerja - Malindo Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540383979_950x600.jpg)
Jangan terpedaya penipuan pengambilan pekerja - Malindo Air
Malindo Air mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim penipuan pengambilan pekerja anak kapal yang menggunakan nama syarikat penerbangan itu tanpa kebenaran.
![Peniaga wanita rugi RM50,000 akibat dua 'batu permata' Peniaga wanita rugi RM50,000 akibat dua 'batu permata'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81463488539_barangkemas.jpg)
Peniaga wanita rugi RM50,000 akibat dua 'batu permata'
Mangsa tertipu dengan muslihat penipuan yang memintanya memasukkan barang kemas yang dipakainya ke dalam sampul surat.