Tidak sampai 48 jam selepas mendakwa beliau boleh menang jika diletakkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang, Datuk Seri S. Samy Vellu dipagut kecundang apabila harapannya untuk kembali bertanding, tidak kesampaian.
Ini kerana beliau tidak akan dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) seperti yang disahkan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel.
Palanivel berkata bekas pemimpin utama MIC itu, yang kini berperanan sebagai penyelaras Barisan Nasional (BN) Sungai Siput, sedang bekerja keras untuk memastikan BN dapat merampas kembali kerusi berkenaan yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum 2008.
"Datuk Seri Samy Vellu bekerja keras di Sungai Siput untuk menarik sokongan rakyat... tapi dia tidak akan menjadi calon," kata Palanivel dalam kenyataan kepada Bernama Jumaat.
Samy Vellu menegaskan beliau amat layak untuk diletakkan sebagai calon pada PRU-13 berikutan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu.
"Saya calon yang mampu menang dan perkara ini tidak boleh diragui. Saya sedia bertanding semula bagi kerusi parlimen Sungai Siput," kata Samy Vellu pada satu majlis di sini pada Rabu.
Beliau ialah penyandang kerusi Parlimen Sungai Siput selama lebih tiga dekad sejak 1974, sebelum kalah kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan 1,821 undi pada pilihan raya umum lepas.
'Calon mampu menang' ialah antara kriteria utama yang ditetapkan barisan kepimpinan tertinggi BN dalam memilih calon untuk bertanding pada PRU-13.
Samy Vellu juga menjadi presiden MIC selama hampir tiga dekad, sebelum jawatan itu diambil alih Palanivel pada 2010.
Mengenai kerusi yang diperuntuk kepada MIC, Palanivel berkata parti itu boleh dikatakan pasti akan bertanding di sembilan kawasan parlimen dan 19 kawasan dewan undangan negeri.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi nama calon bagi kerusi berkenaan.
"Kami masih berunding untuk membuat pertukaran bagi dua kerusi negeri di Perak dan satu di Johor dengan parti komponen Barisan Nasional lain bagi menghadapi PRU-13," katanya.
Menurut laporan media, MIC akan melepaskan kawasan Behrang serta Pasir Panjang dan sebagai gantinya, akan mengambil kawasan Buntong, yang mempunyai 48 peratus penduduk India, manakala rundingan mengenai satu kerusi lagi masih berterusan.
Bernama
Fri Apr 05 2013
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Samy Vellu tidak akan bertanding PRU-13
Datuk Seri S. Samy Vellu dipagut kecundang apabila harapannya untuk kembali bertanding, tidak kesampaian.