KUALA LUMPUR: Lima lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes samun yang menyasarkan kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven dan KK Mart di beberapa lokasi di Ampang, Cheras dan Kajang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail dalam kenyataan pada Sabtu berkata, kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan pada Khamis lepas susulan laporan oleh seorang pengadu berusia 18 tahun mengenai kejadian samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Memanda, Ampang sehari sebelumnya.
Beliau berkata susulan penahanan itu, polis merampas pakaian, sebilah pisau, telefon bimbit dan pelitup muka selain semakan rekod lampau mendapati empat daripada suspek memiliki pelbagai rekod berkaitan jenayah dan dadah.
"Permohonan reman ke atas semua suspek telah dipohon dan dibenarkan tahan reman selama tujuh hari sehingga 26 Okt ini," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023

Kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan pada Khamis lepas susulan laporan oleh seorang pengadu.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekas banduan ditahan curi kabel di Teluk Intan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dengan enam kegiatan mencuri kabel pencawang telekomunikasi sekitar daerah Teluk Intan sejak Januari lepas.

Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan
Mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.

Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.

Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.

Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.