Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini lebih berwarna-warni dan menarik dengan penglibatan pelbagai acara termasuk persatuan basikal, paramotor dan motosikal berkuasa tinggi.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, selain perarakan berjalan kaki, sambutan di Putrajaya akan menyaksikan penyertaan pasukan udara, darat dan air.
Antara yang terlibat ialah Kelab Motosikal 300KMJ, Persatuan Basikal Tua Batu Berendam Melaka, Persatuan Paramotor Malaysia, pasukan bot air Perbadanan Putrajaya serta Persatuan Vespa Malaysia.
Selain itu, anak yatim Darul Fuqaha dari Sungai Merab akan dibawa menaiki Kapal Persiaran Tasik Putrajaya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 157 kontinjen membabitkan 13,598 peserta akan memgambil bahagian dalam sambutan kali ini yang bertema ’Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.
Othman berkata, perarakan kali ini akan disertai 73 pasukan jabatan kerajaan, 28 badan berkanun, 20 swasta, 10 badan beruniform, 10 sekolah, enam institut pengajian tinggi serta empat kontinjen badan bukan kerajaan (NGO), dan mereka bakal dilepaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 7.15 pagi.
"Peserta akan berarak sejauh 1.7 kilometer bermula di depan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra,” katanya.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat ke majlis itu serta merasmikannya.
Baginda akan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri Kabinet serta perwakilan negara luar.
Pada perhimpunan di Masjid Putra, selain ceramah agama oleh pendakwah bebas Ustaz Mohammad Kazim Elias, pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul turut diadakan.
Penerima Anugerah Perdana bakal membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta plak, sijil dan satu set Tafsir Fi Zilalil Quran manakala lapan pemenang Anugerah Maulidur Rasul akan menerima wang tunai RM20,000 beserta plak, sijil, dan hadiah iringan.
Bernama
Sat Jan 11 2014
![Sambutan Maulidur Rasul tahun ini lebih menarik dengan pelbagai acara Sambutan Maulidur Rasul tahun ini lebih menarik dengan pelbagai acara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374985735_295x200.jpg)
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha. --gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![JAKIM tidak pernah sembunyi atau manipulasi fakta - KP JAKIM tidak pernah sembunyi atau manipulasi fakta - KP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/71356755779_295x200.jpg)
JAKIM tidak pernah sembunyi atau manipulasi fakta - KP
JAKIM tidak pernah menyembunyi atau memanipulasi sesuatu fakta atau kebenaran bersangkutan dengan amanah yang dijalankannya.
![Kenapa umat Islam tidak digalakkan ucap 'Rest in Peace'? Kenapa umat Islam tidak digalakkan ucap 'Rest in Peace'?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374985735_295x200.jpg)
Kenapa umat Islam tidak digalakkan ucap 'Rest in Peace'?
Ucapan tersebut mempunyai implikasi dari sudut akidah sekiranya tidak difahami secara jelas kerana ia merupakan amalan keagamaan orang bukan Islam.
![Sambutan Maulidur Rasul tahun ini lebih menarik dengan pelbagai acara Sambutan Maulidur Rasul tahun ini lebih menarik dengan pelbagai acara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374985735_295x200.jpg)
Sambutan Maulidur Rasul tahun ini lebih menarik dengan pelbagai acara
Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini lebih berwarna-warni dan menarik dengan penglibatan pelbagai acara.
![Seramai 22,608 murid darjah lima peroleh 8A dalam peperiksaan UPPK Seramai 22,608 murid darjah lima peroleh 8A dalam peperiksaan UPPK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374985735_295x200.jpg)
Seramai 22,608 murid darjah lima peroleh 8A dalam peperiksaan UPPK
Seramai 22,608 dari 185,082 murid darjah lima yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa di seluruh negara memperolehi agregat 8A.
Kalimah Allah hanya untuk Islam - Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam