Peguam yang mewakili adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra mahu menarik diri daripada mewakilinya dalam kes samannya terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah semasa keluar dari Istana Mahkota, Kubang Kerian menuju ke lapangan terbang.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan 17 Sept ini untuk mendengar permohonan peguam bela dan peguam cara Tetuan Nizam, Amer & Sharizad untuk menarik diri daripada mewakili Tengku Muhammad Fakhry.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A. Dadi memberitahu pemberita bahawa Tetuan Nizam, Amer & Sharizad telah menyerahkan notis penarikan diri daripada mewakili plaintif itu kepada mahkamah semalam.
Oleh itu katanya, mahkamah menetapkan 17 Sept ini untuk mendengar permohonan itu.
Pada 3 Mei tahun lepas, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman itu terhadap Ketua Polis Negara pada ketika itu Tan Sri Musa Hassan, kerajaan dan 13 pegawai polis kerana mendakwa telah menangkapnya secara salah pada 4 Mei 2010 pukul 7.15 malam, ketika beliau berada dalam kereta di pintu pagar utama Istana Mahkota menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu, Kelantan.
Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beberapa defendan telah mengacukan senjata, menjerit-jerit dan mengarahkannya supaya menyerah diri.
Adinda Sultan Kelantan itu mendakwa beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Baharu dan setibanya di sana beliau telah ditahan dalam sebuah bilik lebih kurang sejam.
Tengku Muhammad Fakhry mendakwa defendan telah memintanya menyerahkan senjata api tetapi beliau memaklumkan bahawa beliau tidak membawa senjata itu, tetapi berada di dalam biliknya di Istana Mahkota.
Katanya beliau diiringi beberapa anggota polis pulang ke Istana Mahkota untuk mengambil senjata api itu dan selepas itu balik semula ke IPK dan dibenarkan pulang ke Istana Mahkota pukul 12 malam.
Plaintif mendakwa beliau tidak diberikan makanan dan tidak dibenarkan berhubung dengan peguamnya sepanjang ditahan di IPK itu.
Sehubungan itu, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau telah ditangkap secara salah dan kehilangan kebebasan dan kesemua defendan perlu bertanggungjawab terhadap penangkapannya itu.
Plaintif memohon ganti rugi am, khas, teladan, teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Kesemua defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 12 Julai, 2013 menegaskan hanya dua defendan sahaja berada di tepi plaintif dan mereka tidak pernah pada bila-bila masa mengacukan senjata api kepada plaintif.
Defendan-defendan juga berkata tangkapan itu sah di sisi undang-undang.-- Bernama
Bernama
Wed Sep 03 2014
![Saman polis: Peguam Tengku Muhammad Fakhry mahu tarik diri Saman polis: Peguam Tengku Muhammad Fakhry mahu tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51366124532_295x200.jpg)
Tetuan Nizam, Amer & Sharizad telah menyerahkan notis penarikan diri daripada mewakili plaintif itu kepada mahkamah semalam.
![PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720148608_SumbanganBantuan.jpg)
PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan
Perdana Menteri sampai sumbangan kepada Tan Men Heang yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri.
![Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107000_LojiRawatanKumbaha.jpg)
Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN
Status semasa kemajuan projek menaik taraf 636 Loji Rawatan Kumbahan (LRK) di seluruh negara berada pada tahap 98.5 peratus dengan 609 loji telah siap sepenuhnya dan 27 lagi dijangka siap pada Oktober
![UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720147695_UMPUMPSA.jpg)
UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar
HCI adalah produk digital yang menggabungkan storan, pengkomputeran, rangkaian dan pengurusan di bawah satu bumbung.
![Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720148626_tbOpenAI.jpg)
Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan
Mengikut semakan pembangun, OpenAI didapati menyimpan pelbagai data perbualan dan pertanyaan dalam teks biasa, tanpa sebarang penyulitan.
![Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah
Makanan yang ada di dalam ratusan trak yang menunggu memasuki Gaza dan disimpan di gudang dijangka mendekati tempoh tamat.
![Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720146650_SheikhAlAzhar.jpg)
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720145777_ProfMohdSaidBani.jpg)
Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik
Bani catat sejarah pengamal komunikasi pertama Malaysia terima anugerah 'Communicator of The Year' IABC Asia Pasifik dalam kategori Senior Communication Professional.
Analisis pasaran saham separuh tahun kedua 2024
Apakah rumusan prestasi pasaran saham pada separuh tahun pertama 2024 dan apakah faktor-faktor yang akan menjadi perhatian pelabur dalam pasaran saham separuh tahun kedua 2024? Kupasan lanjut bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.
![63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal 63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720142410_tbPATIdihantarpu.jpg)
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
Malaysia Digital (MD): Advancing Malaysia’s Digital Future
Explore the impact of the recent MD Open Day event and its key insights. Discover how it aligns with Malaysia’s growth strategy and benefits both businesses and the public. Join us for an exclusive live interview with Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, on Niaga AWANI.
![Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719845859_TBKARNIVALATH.jpg)
Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri
Karnival Kebudayaan ATH Group 2024 #ADOMMENEY dianjur untuk memperkukuh jenama serta mengangkat seni budaya tradisi negeri Kelantan.
![90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api 90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719726636_diesel.jpg)
90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api
Sebanyak 90 peratus daripada 550 kenderaan yang disita dalam tempoh tiga tahun lepas, telah diubah suai tangki untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api seperti petrol dan diesel.
![Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719715467_DatukKamarudinMd.jpg)
Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco
Kerajaan negeri menyasarkan dua juta pengunjung ke Kelantan dalam tempoh setahun.
![Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711637369_PembenihanAwan.jpg)
Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid
Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun, bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan.
![Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466887_FernandoMartinFore.jpg)
Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melaungkan amaran dalam misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-0.
![Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718350920_tbLebuhrayataksia.jpg)
Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR
Orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan jajaran projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama.
![Lebih banyak FamilyMart akan dibuka di Pantai Timur Lebih banyak FamilyMart akan dibuka di Pantai Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717481567_TBfamilymart.jpg)
Lebih banyak FamilyMart akan dibuka di Pantai Timur
QL Resourses (QL) menyasar untuk membuka antara 60 hingga 90 cawangan baharu FamilyMart menjelang akhir tahun kewangan 2025, dengan memberi tumpuan kepada wilayah Pantai Timur.
![Kelantan akan ganti Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 - Exco Kelantan akan ganti Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717474535_MahkamahSyariah.jpg)
Kelantan akan ganti Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 - Exco
Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.
![Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717405222_GuaMusang.jpg)
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
![Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717394422_sindiketpenyeludupa.jpg)
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.