Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa saman yang dikemukakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap AmBank dan bekas Pengurus Perhubungannya Joanna Yu Ging Ping, perlu perbicaraan penuh kerana ia melibatkan pelanggaran tugas bank dan pegawainya.
Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib berkata terdapat transaksi yang mencurigakan dalam akaun Ambank anak guamnya.
"Bank mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu tetapi gagal membuat laporan kepada pihak berkuasa. Ini masalah serius," katanya sambil menambah bahawa saman itu tidak ada kaitan dengan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi anak guamnya.
Harvinderjit berkata demikian semasa berhujah membantah permohonan AmBank, AMMB Holdings Berhad dan Yu dan untuk membatalkan tuntutan oleh bekas perdana menteri itu.
Beliau berkata bank berkenaan tidak memaklumkan Najib mengenai urus niaga yang mencurigakan itu dan anak guamnya hanya mengetahuinya semasa perbicaraan SRC International yang melibatkan dana berjumlah RM42 juta tahun lepas.
“AmBank telah (didakwa) didapati bersalah (oleh Bank Negara) kerana tidak melaporkan transaksi mencurigakan dalam akaun plaintif. Kami tidak tahu. AmBank tidak memaklumkan kami. Pihak berkuasa tidak memaklumkan kepada kami sehingga prosiding SRC,” katanya.
Sementara itu, peguam AmBank, Yoong Sin Min berhujah bahawa tuntutan Najib perlu dibatalkan kerana saman yang dikemukakan Najib untuk menggagalkan dan mengganggu prosiding SRC International terhadapnya.
Beliau berkata plaintif mendakwa dimanipulasi melibatkan wang RM42 juta tetapi bekas perdana menteri itu tidak pernah membuat laporan polis.
"Plaintif seharusnya mengetahui tentang pergerakan wang dari akaunnya," katanya.
Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Yu berhujah bahawa saman yang difailkan terhadap anak guamnya hanya untuk kepentingan kes SRC Najib.
"Kes SRC yang dihadapi Najib didengar di mahkamah jenayah ... bagaimana mungkin kes yang sama dibawa ke mahkamah sivil," katanya sambil menambah bahawa tindakan itu adalah penyalahgunaan proses mahkamah.
Najib, menerusi Tetuan Shafee & Co telah memfailkan saman tersebut pada 9 Dis tahun lepas dan menamakan AmBank, AMMB Holdings Berhad serta Yu sebagai defendan.
Menurut pernyataan tuntutan, plaintif (Najib) mendakwa AmBank dan Yu melakukan kecuaian ketika mengendalikan akaun banknya (berakhir 694, 880, 898 dan 906) dengan mendedahkannya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Najib mendakwa defendan tanpa kebenaran telah mendedahkan penyata bank, transaksi debit dan pengiriman wang, dan baki dana akaun 694 kepada Low sebagai pihak ketiga.
Beliau mendakwa defendan tidak berhubung dengannya untuk melaporkan tindakan Low mengenai akaun bank tersebut dan bank itu telah memudahkan pihak ketiga yang tidak sah untuk membuat pemindahan wang antara akaun 880, 898 dan 906.
Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai butiran penyata akaun banknya sendiri dan dokumen atau berkaitan lain oleh pihak bank di bawah arahan Low.
Najib mendakwa Low dengan bantuan pihak ketiga yang tidak dibenarkan, telah membuat 20 urus niaga untuk menguruskan akaun-akaun berjumlah RM12 juta melalui beberapa kiriman wang tempatan dan asing dan akaun tersebut telah diberi ‘amaran’ oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Bekas perdana menteri itu berkata defendan gagal melaporkan dan mendapatkan arahan langsung daripadanya walaupun akaunnya diberi amaran.
Najib juga mendakwa bahawa beliau hanya mengetahui perbuatan yang dilakukan oleh defendan semasa perbicaraan SRC, selepas pendakwaan mendedahkan perbualan antara Yu dan pihak ketiga.
Beliau memohon ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan daripada defendan.
Pada 28 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kes jenayah membabitkan dana SRC International.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Khadijah Idris bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
Najib juga mendakwa bahawa beliau hanya mengetahui perbuatan yang dilakukan oleh defendan semasa perbicaraan SRC, selepas pendakwaan mendedahkan perbualan antara Yu dan pihak ketiga.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.
Moratorium berakhir: AmBank tawar bantuan pembayaran balik pada hujung minggu
Ambank menawarkan bantuan pembayaran balik pada hujung minggu melalui Ambank Assist.
AmBank akan agih RM20 bilion pinjaman PKS dalam tempoh 3 tahun
Kumpulan AmBank menyedari keperluan untuk bergerak lebih jauh lagi dalam membantu syarikat dengan pembiayaan.
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.
Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.
Najib dinasihat berehat sementara siasatan dakwaan WSJ dijalankan
Najib Tun Razak dinasihatkan berehat daripada menguruskan sebarang tugas pentadbiran negara ketika siasatan ke atas dakwaan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran AS$700 juta ke akaunnya.
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Penasihat DAP menggesa polis membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon Julai 2013 lalu.
'Kenapa Najib tak nafi akaun AmBank itu bukan miliknya?' - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ.
'BAFIA halang AmBank, BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Khalid Ibrahim
Pihak AmBank atau BNM disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Wall Street Journal yang didakwa atas nama Najib wujud atau sebaliknya.