KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak telah membaca atau tidak, pesanan SMS yang dihantar oleh bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh berhubung penyelewengan syarikat itu, tidak dapat dipastikan.
Peguam utama bekas perdana menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak pembelaan malah tidak mempunyai salinan SMS yang dimaksudkan.
Peguam itu berkata demikian semasa menyoal saksi pendakwaan ke-15, Mohd Bakke dalam perbicaraan mengenai penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Muhammad Shafee: Kita tidak tahu berapa ringkas atau panjang, pesanan SMS yang anda hantar kepada anak guam kami. Kita tidak ada salinan pesanan SMS anda.
Mohd Bakke: Saya ingat... Ia pesanan SMS yang panjang. Saya jelaskan mengenai dua pembayaran.
Muhammad Shafee: Tapi kita tidak tahu sama ada PM (Najib) dapat membaca pesanan SMS itu atau tidak. Ia bukan seperti aplikasi WhatsApp, yakni kita dapat lihat menerusi tanda berwarna biru, yang menunjukkan penerima telah membaca pesanan.
Sebelum ini dilaporkan bahawa US$1 billion milik 1MDB dimasukkan dalam satu usaha sama dan ia dibayar dalam dua peringkat yang terdiri daripada US$700 juta dan US$300 juta.
US$300 juta disalurkan kepada syarikat usaha sama berkenaan manakala US$700 juta dibayar kepada sebuah syarikat Good Star Limited, yang dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Muhammad Shafee kemudian bertanya saksi kemungkinan Mohd Najib diperdaya (misled) oleh pengurusan 1MDB serta Jho Low, dan Mohd Bakke menjawab "Ya, mungkin".
Dalam prosiding sebelum ini Mohd Bakke memberi keterangan bahawa sebelum menyerahkan surat peletakan jawatannya, beliau menghantar SMS kepada tertuduh untuk memaklumkan beberapa perkara yang diarahkan oleh lembaga pengarah (BOD) kepada pengurusan 1MDB namun tetap tidak dipatuhi.
"Bagaimanapun saya tidak terima sebarang respons dari Najib. Tidak terlintas dalam fikiran saya untuk membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan salah laku pengurusan kewangan 1MDB, kerana saya andaikan bahawa saya telah lakukan perkara demikian menerusi pesanan SMS kepada Najib. Saya harap Najib akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengurusan 1MDB sekiranya dia mengesan sebarang salah laku di pihak mereka.
"Memandangkan kebimbangan saya tidak mendapat perhatian Najib kerana dia tidak membalas SMS saya, saya merasakan dia terlibat, dan ada sesuatu yang tidak kena berlaku tanpa pengetahuan saya. Ini adalah antara sebab utama saya memutuskan untuk meletakkan jawatan," kata Mohd Bakke.
Hari ini mahkamah juga diberitahu bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu yang dihadapi oleh dana kekayaan berdaulat itu tidak menggambarkan apa yang didedahkan oleh Mohd Bakke secara keseluruhannya.
Mohd Bakke yang kini adalah pengerusi Petronas berkata, banyak perkara yang didedahkan beliau kepada PAC pada ketika itu, tidak dimasukkan dalam laporan berkenaan, yang kemudiannya didedahkan kepada awam.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa sama ada Najib Razak telah membaca atau tidak, pesanan SMS yang dihantar oleh bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh berhubung penyelewengan syarikat itu, tidak dapat dipastikan. Gambar fail BERNAMA

11 terbunuh dalam serangan Rusia di timur Ukraine
Pasukan Rusia menyerang Dobropillia menggunakan peluru berpandu balistik, roket pelbagai laras dan dron.
![[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir? [KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716537874_ParentsHandKids.jpg)
[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?
Fenomena childfree bukan sekadar trend moden, tetapi ia adalah isyarat kepada perubahan sosial yang lebih besar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.

Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Peserta percaya perarakan 8 Mac adalah tempat terbaik untuk wanita menuntut hak mereka.

Kerjasama Planworth, PKMM tawar manfaat kepada 60,000 ahli kontraktor
Kerjasama ini membantu menyelesaikan cabaran modal pusingan yang dihadapi oleh kontraktor, khususnya dalam kalangan kontraktor kecil dan sederhana.

Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

PRN Sabah: Warisan akan bergerak solo, tanpa gabungan dan kerjasama
Sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ali Khamenei
Khamenei menyatakan tawaran Wwashington untuk berunding bertujuan mendominasi Iran dan bukan menyelesaikan masalah.
Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Seorang lelaki maut manakala seorang pelancong wanita Israel dan seorang wanita India dirogol secara beramai-ramai oleh tiga lelaki baru-baru ini berhampiran sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang popular di Selatan India.
AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada Sabtu mendakwa Amerika Syarikat menggunakan taktik 'membuli' bagi memastikan republik Islam itu tunduk kepadanya.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.

Dr Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu.

Bukan kroni atau proksi, saya di sini untuk bercakap benar - Bekas Pengerusi 1MDB
Saksi turut disoal mengenai dakwaan pendekatan top-down Najib dalam mengarahkan lembaga pengarah untuk mengikut arahannya.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.