Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berani dan terus berjuang menentang hentaman politik ketika beliau meningkat usia 63 tahun hari ini.
Beliau berkata terdapat ramai rakyat Malaysia yang menyokong perdana menteri tetapi ingin berdiam diri kerana mereka merasakan tiada guna berhujah mengenai sesuatu yang tidak akan diselesaikan.
"Rakyat Malaysia ini mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan anda (Najib) dan akan terus berdiri di belakang anda. Percaya dan yakinlah anda tidak keseorangan. Selamat hari lahir Dato' Sri, kekal berani dan terus berjuang kerana kami bersama anda," katanya dalam blognya sskeruak.blogspot.my hari ini.
Beliau berkata tiada sesiapa pun boleh menafikan bahawa ia merupakan 40 tahun karier politik yang mencabar buat Najib, terutamanya pada 10 tahun lalu sejak 2006 apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan beliau sudah cukup rehat dengan persaraannya dan kembali dalam arena politik Malaysia.
Datuk Seri Salleh berkata mana-mana orang pastinya akan mengalah sekarang daripada bertahan selama 10 tahun dihentam berterusan oleh Dr Mahathir.
"Pada mulanya Dr Mahathir mendesak Najib untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila Najib tidak bersetuju, malahan menyatakan secara terbuka sokongan terhadap Abdullah, Mahathir menyerang beliau.
"Selepas Najib mengambil alih jawatan perdana menteri tiga tahun kemudian, Dr Mahathir terus menyerang beliau dengan pelbagai isu dan terbaharu, sudah tentu mengenai 1MDB," katanya.
Salleh berkata Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia keenam tetapi mungkin yang pertama diganggu oleh bekas perdana menteri.
"Tidak ada tempat di dunia ini terjadi apabila bekas perdana menteri tidak menghormati dan menghina perdana menteri sedia ada.
"Dan ini bukan sesuatu yang baharu tetapi sesuatu yang Dr Mahathir telah kekalkan sejak 10 tahun lepas terhadap dua perdana menteri," katanya.
Bernama
Sat Jul 23 2016
Datuk Seri Salleh (gambar) berkata terdapat ramai rakyat Malaysia yang menyokong perdana menteri tetapi ingin berdiam diri kerana mereka merasakan tiada guna berhujah mengenai sesuatu yang tidak akan diselesaikan.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Negara perlukan kepimpinan baru yang tegas dan berani untuk tangani COVID-19, ekonomi - Anwar
Anwar menjelaskan, untuk menangani masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19, sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini perlu ditubuhkan.
Rekod baru dunia tercipta, berjalan atas dawai pada ketinggian 600 meter
Ketinggiannya? 600 meter dan berbekalkan satu tali, mereka merentasi lembah itu dengan beraninya.
[KOLUMNIS] Berani jangan disalah erti, jangan dinilai mengikut pandangan peribadi
Namun jika keberanian itu membawa lebih banyak kerosakan, maka ketakutan itu lebih diperlukan.
Jho Low tidak berani perdaya Najib, kata Timbalan Pendakwa Raya
Sithambaram berkata, sukar untuk percaya bahawa Jho Low berada dalam kedudukan bawahan kepada Najib mempunyai keberanian untuk mengatur transaksi penipuan.
Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa
Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
PM perlu tegas umum tiada pilihan raya sehingga 2023 - Nazri Aziz
Nazri berpendapat, dengan cara itu Muhyiddin mempunyai banyak masa untuk menstabilkan Perikatan Nasional (PN).
Pengundi Afghanistan dipuji berani keluar tunai tanggungjawab
Menurutnya, mereka sanggup menggadaikan nyawa bagi memastikan perubahan berlaku melalui proses demokrasi.
Mempelajari selok belok diplomasi dengan kepimpinan Dr Mahathir
Mesej yang disampaikannya demi menegakkan kedaulatan undang-undang adalah jelas.
Pemuda berjaya patah cubaan rompak di kedai serbaneka
Keberanian seorang pemuda telah berjaya mematahkan cubaan rompakan seorang lelaki di kedai sebaneka di Busan.