Ia bukan untuk menokok-tambah apabila menyatakan bahawa membuat liputan lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Tokyo baru-baru ini adalah seakan-akan mempelajari selok-belok diplomasi dan kepimpinan.
Seperti biasa kepetahan dan ketegasan negarawan berusia 93 tahun itu berucap terserlah pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-25 mengenai masa depan Asia yang dimanfaatkan sebagai pentas untuk menyampaikan pendirian dan dasar luar Malaysia ke arah masa depan dan menjadi contoh untuk diikuti para menteri Kabinetnya.
Di tengah-tengah perang perdagangan dan tindak balas antara kedua-dua ekonomi terbesar di dunia - yang pada masa dahulu memperjuangkan perdagangan bebas dan terbuka tetapi kini menganuti dasar perlindungan dan mencetuskan konfrontasi, ucapan Dr Mahathir sentiasa berani dan tajam.
Dr Mahathir mengkritik pemikiran agresif sesetengah negara sambil berkata dunia akan kekal primitif selagi ia tidak dapat menyelesaikan masalah kecuali dengan konfrontasi, keganasan, kemusnahan dan membunuh ramai orang.
Beliau menarik perhatian kepada apa yang beliau percaya sebagai kegagalan orde dunia dan menggesa supaya dikaji semula hubungan di kalangan negara terutama dalam konteks penyelesaian konflik.
Mesej yang disampaikannya demi menegakkan kedaulatan undang-undang adalah jelas - konflik mesti diselesaikan melalui rundingan, timbang tara dan mahkamah undang-undang.
Dr Mahathir berkata dunia mesti menerima realiti baharu dan menyesuaikan dengan hakikat bahawa Asia bukan lagi pihak yang meniru dan selama bertahun-tahun telah menghasilkan produk yang lebih baik hasil penyelidikan dan pembangunan yang ditambahbaik yang telah meningkatkan kemampuan negara-negara di sebelah Timur.
Semasa dialog di Kelab Wartawan Asing Jepun, beliau menyatakan dengan jelas bahawa perang perdagangan adalah tindakan yang kurang bijak, tidak memenuhi apa-apa tujuan dan mengganggu kemajuan ekonomi negara.
Walaupun mengaku bahawa kedua-dua kuasa besar itu adalah rakan pelaburan Malaysia yang paling penting, Perdana Menteri berkata beliau lebih suka kepada pendekatan secara aman dan kurang konfrontasi antara Amerika Syarikat dan China.
"Gunboat diplomacy sudah lapuk. Beri tumpuan kepada apa yang anda lakukan dengan sebaik-baiknya dan berusaha dan bersaing, jangan cuba menakluk, " katanya ketika beruxcap kepada hampir 150 wartawan asing yang menghadiri dialog itu.
Selama hampir dua jam, Dr Mahathir memperlihatkan kecekapan menjawab soalan-soalan merangkumi perang perdagangan, ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran, isu kilang nadir bumi Lynas, insiden penembakan pesawat MH17 hingga ada yang meminta beliau bertindak sebagai perantara kepada hubungan Jepun, Korea dan China.
Pada satu ketika Dr Mahathir sempat bergurau apabila para wartawan Malaysia bertanya kepadanya pada akhir lawatan kerjanya sama ada beliau telah menjangka semua soalan yang diajukan kepadanya memandangkan beliau sentiasa sudah bersedia dengan jawapannya.
Perdana Menteri berkata, "Saya tahu apa yang mereka akan tanya. Saya adalah Perdana Menteri, saya mesti tahu apa yang sedang berlaku. Saya tahu jawapannya sebelum mereka mula bertanya. "
Dr Mahathir dengan nada berseloroh membayangkan beliau sudah biasa dengan soalan-soalan yang ditanya mengenai rahsia beliau sentiasa bertenaga.
Beliau juga menolak tanggapan bahawa Malaysia kini mengambil sikap yang lebih lembut terhadap China seperti yang dicerminkan susulan keputusannya untuk terus menggunakan teknologi Huawei walaupun disenarai hitam oleh Amerika Syarikat tetapi sebaliknya lebih cenderung mengambil pendekatan yang lebih pragmatik.
"Saya fikir kita bersikap adil, kita mahu bersahabat dengan semua negara di dunia, kita tidak mahu berperang dengan rakyat," katanya sambil menambah bahawa ia adalah erlu untuk terus menggunakan khidmat syarikat gergasi telekomunikasi Cina untuk meningkatkan usaha Malaysia ke arah kemajuan teknologi.
Dr Mahathir, yang selama ini lantang bersuara mengenai beberapa pelaburan China di Malaysia, berpendapat bahawa ada masanya Timur perlu memandang ke Barat sambil menarik perhatian kepada kejayaan perundingan Perancis dan Jerman untuk menyelesaikan perbalahan dan tidak sebaliknya membiarkan perang berlarutan.
Walaupun beliau mempunyai kecenderungan untuk mengkritik dunia barat, tetapi beliau dia tidak segan untuk memberi pujian kredit apabila dan bila pendekatan yang diamalkan itu adalah wajar.
Lawatan Dr Mahathir secara keseluruhannya membantu melonjakkan hubungan Malaysia-Jepun ke tahap baharu sejak menghidupkan semula Dasar Pandang Ke Timur (LEP) bagi mencontohi etika kerja dan teknik perniagaan dari Timur dan diperkukuhkan melalui hubungan ekonomi dan kerjasama yang mendalam.
Kecenderungan Dr Mahathir menjadikan Jepun sebagai contoh bukanlah rahsia. Beliau mempunyai sebilangan besar pengikut di Negara Matahari Terbit itu dan rakyat Jepun sering menunjukkan penghargaan mereka termasuk majlis mengucapkan selamat jalan secara besar-besaran oleh kakitangan hotel selepas rundingan dan ucapannya membuahkan kejayaan dan hasil yang positif.
Semasa dialog perniagaan minggu lepas, konglomerat Jepun telah pun menjanjikan komitmen mereka untuk mengembangkan pelaburan dan perniagaan di Malaysia dan akan berkempen untuk menarik lebih banyak firma untuk melabur di negara ini.
Rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe, juga memberi jaminan untuk membantu Malaysia memulihkan ekonominya dan berkata Japan Bank for International Cooperation (JBIC) bersedia untuk mempertimbangkan sokongan selanjutnya jika Malaysia ingin menerbitkan bon Samurai tambahan pada masa akan datang.
Lawatan ke Jepun juga telah membawa perkembangan positif dalam bidang pendidikan apabila Tsukuba University menyatakan hasrat untuk membuka kampus cawangan di Malaysia - satu langkah yang diharapkan dapat dicontohi oleh institusi pengajian tinggi lain negara tersebut.
Secara timbal-balas Malaysia akan menghantar lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Jepun, kata Dr Mahathir.
Lawatan beliau ke Jepun baru-baru ini merupakan kali keempat sejak menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujui pada Mei 2018.
Hakikat ini mencerminkan hubungan dua hala Malaysia dan Jepun yang kukuh dan terjalian sejak sekian lama walaupun di tengah-tengah senario orde antarabangsa yang sentiasa berubah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2019
Mesej yang disampaikannya demi menegakkan kedaulatan undang-undang adalah jelas.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Negara perlukan kepimpinan baru yang tegas dan berani untuk tangani COVID-19, ekonomi - Anwar
Anwar menjelaskan, untuk menangani masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19, sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini perlu ditubuhkan.
Rekod baru dunia tercipta, berjalan atas dawai pada ketinggian 600 meter
Ketinggiannya? 600 meter dan berbekalkan satu tali, mereka merentasi lembah itu dengan beraninya.
[KOLUMNIS] Berani jangan disalah erti, jangan dinilai mengikut pandangan peribadi
Namun jika keberanian itu membawa lebih banyak kerosakan, maka ketakutan itu lebih diperlukan.
Jho Low tidak berani perdaya Najib, kata Timbalan Pendakwa Raya
Sithambaram berkata, sukar untuk percaya bahawa Jho Low berada dalam kedudukan bawahan kepada Najib mempunyai keberanian untuk mengatur transaksi penipuan.
Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa
Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
PM perlu tegas umum tiada pilihan raya sehingga 2023 - Nazri Aziz
Nazri berpendapat, dengan cara itu Muhyiddin mempunyai banyak masa untuk menstabilkan Perikatan Nasional (PN).
Pengundi Afghanistan dipuji berani keluar tunai tanggungjawab
Menurutnya, mereka sanggup menggadaikan nyawa bagi memastikan perubahan berlaku melalui proses demokrasi.
Mempelajari selok belok diplomasi dengan kepimpinan Dr Mahathir
Mesej yang disampaikannya demi menegakkan kedaulatan undang-undang adalah jelas.
Pemuda berjaya patah cubaan rompak di kedai serbaneka
Keberanian seorang pemuda telah berjaya mematahkan cubaan rompakan seorang lelaki di kedai sebaneka di Busan.