KUALA LUMPUR:Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda, berkata salah laku dalam syarikat sudah berlaku sebelum beliau sertai syarikat itu pada Januari 2015.
Dalam kenyataan peribadinya hari ini, Arul Kanda berkata tujuan beliau menyertai syarikat itu juga adalah hanya untuk melakukan pelan rasionalisasi atas segala masalah yang sudah berlaku.
"Beberapa isu yang berlegar berkaitan 1MDB termasuk siapa yang bertanggungjawab dalam pelaburan awal serta pengurusan syarikat sudah dinyatakan pada 2015. Maklumat itu kemudian dikemaskini tidak hanya kepada pihak berkuasa dan penyiasat, malah kepada ahli lembaga pengarah dan pemegang kepentingan.
"Fokus saya hanya untuk melaksanakan pelan rasionalisasi syarikat," katanya.
BACA: Kenyataan penuh Arul Kanda
Arul Kanda juga mendakwa sewaktu pertemuan beliau bersama Menteri Kewangan pada Rabu, beliau tidak mempunyai sebarang dokumen syarikat bersama beliau.
"Saya hanya menerangkan setakat mana yang saya ingat ketika itu. Pada pandangan saya, adalah tidak adil untuk menteri (Lim Guang Eng) mengeluarkan kenyataan yang tidak menggambarkan suasana sebenar sesi tersebut," katanya.
Arul Kanda berkata beliau menolak sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur fitnah dan serangan peribadi oleh Guan Eng.
"Saya sudah mendapatkan khidmat nasihat perundangan," katanya sambil menambah beliau akan terus komited untuk bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan 1MDB.
BACA: Pengarah sahkan 1MDB tidak mampu bayar hutangnya - Lim Guan Eng
Najib Aroff
Thu May 24 2018
!['Salah laku 1MDB didakwa berlaku sebelum saya sertai syarikat' - Arul Kanda 'Salah laku 1MDB didakwa berlaku sebelum saya sertai syarikat' - Arul Kanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/71524287500_MDB.jpg)
Arul Kanda menolak sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur fitnah dan serangan peribadi oleh Guan Eng. - Astro AWANI/Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692782246_ArulKandaIrwanSe.jpg)
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
![1MDB: Arul Kanda tuntut RM56.7 juta berhubung penamatan kontrak secara salah 1MDB: Arul Kanda tuntut RM56.7 juta berhubung penamatan kontrak secara salah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689922920_ArulKandaKandasamy.jpg)
1MDB: Arul Kanda tuntut RM56.7 juta berhubung penamatan kontrak secara salah
Arul Kanda Kandasamy memfailkan tuntutan balas bagi menuntut RM56.7 juta atas dakwaan syarikat 1MDB menamatkan kontraknya secara salah.
![Kes pindaan audit 1MDB: Mahkamah Rayuan tetapkan Rabu ini untuk pengurusan kes Kes pindaan audit 1MDB: Mahkamah Rayuan tetapkan Rabu ini untuk pengurusan kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681370320_najibrazakarulkanda.jpg)
Kes pindaan audit 1MDB: Mahkamah Rayuan tetapkan Rabu ini untuk pengurusan kes
Peguam Najib, Alaistair Brandah Norman dan peguam Arul Kanda, Datuk N. Sivananthan mengesahkan tarikh pengurusan kes seterusnya itu.
![Kes pinda laporan audit 1MDB: Rayuan pendakwaan ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes pada 21 Julai Kes pinda laporan audit 1MDB: Rayuan pendakwaan ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes pada 21 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666096430_OneMDB.jpg)
Kes pinda laporan audit 1MDB: Rayuan pendakwaan ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes pada 21 Julai
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit 1MDB.
![Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar pada 24 Julai Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar pada 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656680472_ArulKandaIrwanSe.jpg)
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar pada 24 Julai
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian hari ini.
![AGC fail notis rayuan berhubung keputusan kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB AGC fail notis rayuan berhubung keputusan kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646644029_najibrazakarulkanda.jpg)
AGC fail notis rayuan berhubung keputusan kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
![Kes 1MDB: Pertikai pembebasan Najib satu penghinaan kepada mahkamah - Fahmi Kes 1MDB: Pertikai pembebasan Najib satu penghinaan kepada mahkamah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677834570_FahmiFadzil.jpg)
Kes 1MDB: Pertikai pembebasan Najib satu penghinaan kepada mahkamah - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan, kerajaan juga telah beberapa kali mengulangi pendirian bahawa tidak akan mencampuri sebarang urusan dan keputusan mahkamah.
![1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri esok 1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646644029_najibrazakarulkanda.jpg)
1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri esok
Keputusan sama ada Najib dan Arul Kanda dibebaskan atau dipanggil membela diri atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB ditentukan Jumaat.
![Keputusan kes Najib pinda laporan audit 1MDB 30 Januari Keputusan kes Najib pinda laporan audit 1MDB 30 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664361942_NajibTunRazak.jpg)
Keputusan kes Najib pinda laporan audit 1MDB 30 Januari
Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Januari tahun depan untuk keputusan sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan atau dipanggil membela diri atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
![Roz Mawar tarik diri dengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar, Arul Kanda Roz Mawar tarik diri dengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar, Arul Kanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656680472_ArulKandaIrwanSe.jpg)
Roz Mawar tarik diri dengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar, Arul Kanda
Seorang pesuruhjaya kehakiman hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar dan Arul Kanda.