Sebanyak 57 kes berkaitan kesalahan pengendalian pakej umrah membabitkan 12 syarikat dengan jumlah kompaun kira-kira RM240,000 direkodkan sejak 2012 hingga April lepas, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata lesen 11 syarikat itu dibatalkan manakala lesen pelancongan luar negara sebuah lagi syarikat ditarik balik.
Katanya selain itu, sebanyak 3,400 kes berkaitan penipuan pakej umrah difailkan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dengan nilai tuntutan kira-kira RM20.77 juta dalam tempoh yang sama.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula merekodkan sebanyak 216 kes penipuan pakej umrah atau haji dengan nilai kerugian kira-kira RM9.1 juta dalam tempoh masa sama.
"Semua kes ini melibatkan kegagalan agensi pelancongan mendapatkan visa umrah, tiada tiket penerbangan, pembatalan atau penangguhan pakej umrah serta pelanggaran terma dan syarat pakej umrah," katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan 2016 di sini, hari Ahad.
Mas Ermieyati berkata dalam usaha menangani masalah penipuan umrah oleh syarikat pelancongan, kementerian melaksanakan pelbagai usaha seperti penganjuran kempen kesedaran dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, polis dan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).
Beliau berkata pihak kementerian turut mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara bagi mengawal penggantungan papan iklan melibatkan agensi pelancongan tidak berlesen yang menawarkan pakej umrah dan haji.
Katanya bagi mengelak ditipu orang ramai perlu prihatin dengan harga pakej yang ditawarkan kerana harga minimum pakej umrah ditetapkan MKSU adalah RM4,900 untuk tempoh 12 hari 10 malam.
Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyati berkata kementerian berhasrat memperluaskan konsep 'kampungstay' di seluruh negara bagi memberi keselesaan pada pelancong.
"Kementerian membenarkan pemilik homestay yang berdaftar dengan kita untuk memperluaskan lagi perkhidmatan homestay mereka kepada 'kampungstay'. Justeru kita menggalakkan lebih ramai pemilik homestay berdaftar di bawah program ini," katanya.
Katanya sehingga tahun 2015 hanya sebanyak 185 homestay berdaftar di seluruh negara dan jumlah tersebut masih belum mencukupi bagi menampung jumlah pelancong ke negara ini.
Bernama
Sun May 22 2016
Banyak hasrat pelanggan dikecewakan akibat kegagalan agensi pelancongan mendapatkan visa umrah, tiada tiket penerbangan, pembatalan atau penangguhan pakej umrah serta pelanggaran terma dan syarat pakej umrah. - Gambar hiasan
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Salah kendali pakej umrah: 11 syarikat dibatal lesen - Mas Ermieyati
Sebanyak 3,400 kes berkaitan penipuan pakej umrah difailkan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dengan nilai tuntutan kira-kira RM20.77 juta dalam tempoh yang sama.