Seorang penolong pegawai di Pejabat Tanah Daerah di Johor, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana menyalahguna kedudukan, direman enam hari bermula hari ini.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Simi Abdul Ghani berkata perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nurhidayah Abd Manaf.
Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694).
"Pada ketika ini, kita juga sedang menyemak dengan teliti aset-aset suspek bagi menentukan punca perolehannya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Suspek yang berumur lingkungan 50-an ditahan di pejabat SPRM negeri di sini, kira-kira pukul 2 petang.
Suspek dipercayai menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah di pejabat-pejabat tanah daerah lain, selain untuk memperoleh tanah secara pindah milik.
Simi berkata berdasarkan hasil siasatan, suspek juga didapati memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas lebih enam hektar, tanah usahasama 27.2 hektar, tanah rumah kediaman dan kediaman mewah di beberapa daerah di negeri ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2016
Suspek yang berumur lingkungan 50-an ditahan di pejabat SPRM negeri di sini, kira-kira pukul 2 petang. - Gambar fail
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Penjawat awam didakwa dapatkan wang berkaitan permohonan permit
Seorang penolong pegawai tanah di Pejabat Tanah Daerah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mendapatkan sejumlah wang berkaitan permohonan permit pemindahan bahan batuan.