KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa usia remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella ketika menjalani ujian X-ray bone age (anggaran usia tulang) pada tahun 2020 berumur 15 tahun.
Pegawai Perubatan Jabatan Radiologi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Dr B. Anulaawathi, 39, berkata, umur remaja itu diketahui 15 tahun selepas analisis dibuat melalui tiga aspek iaitu chronological age, brush foundation data dan buku rujukan, Radiographic Atlas of Skeletal Development of the Hand and Wrist Book by Greulich and Pyle.
Saksi pendakwaan ke-13 yang sebelum ini bertugas di Jabatan Radiologi Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur berkata, laporan X-ray itu telah siap pada 3 Ogos 2020 selepas menerima permohonan X-ray daripada Jabatan Pediatrik pada 23 Julai 2020.
"Bila dibandingkan dengan gambar rujukan X-ray bagi umur 13 tahun, kami mendapati masih tidak sama dengan imbasan X-ray tulang Bella.
"Bella lebih tua daripada gambar rujukan umur 13.6 tahun (13 tahun enam bulan). Kami terus melihat pada gambar rujukan untuk umur 15 tahun dan mendapati gambar itu sama dengan X-ray Bella iaitu plat pertumbuhan tulang di pergelangan tangan masih kelihatan," kata saksi itu.
Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi.
Ketika ditanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, sama ada buku rujukan itu digunakan sebagai prosedur operasi standard (SOP) bagi analisis bone age di hospital seluruh negara, saksi itu menjawab ya.
Sementara itu, Dr Anulaawathi berkata, buku rujukan itu mengandungi siri X-ray sebagai rujukan bagi jantina dan umur seseorang individu bermula lahir sehingga berusia 18 tahun.
Semasa ditanya pendakwaan sepanjang melakukan prosedur analisis bone age adakah beliau pernah berjumpa dengan sesiapa termasuk Bella dan pasukan pediatrik, saksi menjawab: Tidak.
Beliau berkata, tiada keperluan (berjumpa) kerana semua maklumat telah berada di dalam sistem.
Ketika ditanya peguam Nur A'minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, peranan saksi itu hanya menyediakan laporan selepas mendapat arahan daripada pasukan pediatrik, Dr Anulaawathi menjawab: Betul.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung petang ini. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Siti Bainun Ahd Razali hadir untuk perbicaraan kes yang dihadapinya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIIR OMAR
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Belanjawan 2025: RM150 juta kepada PBT dan JPS, RM600 juta kepada NADMA
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa terdapat tohmahan yang tidak berasas oleh pihak Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya
Keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, tulang manusia yang ditemui selepas jenazah dikebumikan wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.
Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella
Agensi dan badan-badan kebajikan diharap dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa bunuh, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella.
Jenazah Bella selamat dikebumikan
Jenazah Bella sebelum itu disolatkan di Masjid Datuk Bentara berhampiran kampung halamannya.