KUALA LANGAT: Polis sedang mengesan saksi kejadian langgar lari melibatkan sebuah Perodua Axia dan sebuah motosikal di Jalan Banting-Dengkil di sini pada Selasa.
Kejadian tersebut tular di media sosial selepas satu klip video berdurasi 25 saat dimuat naik pemilik akaun Facebook, Muhd Azzanur yang mendakwa mangsa terlibat merupakan ibunya sendiri.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, kemalangan tersebut berlaku berhampiran sebuah pusat sembelihan di sini sekitar jam 8.30 malam.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dari arah Banting menghala ke Olak Lempit di lorong kiri telah bergesel dengan Perodua Axia sehingga terjatuh.
"Nombor pendaftaran Perodua Axia berwarna perak tidak dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Katanya, saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 dan 03-3187222 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 04 2022
Hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Muhd Azzanur.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tahan lelaki tular langgar motosikal di Kuala Kurau
Polis menahan seorang pemandu kereta lelaki yang disyaki melanggar sebuah motosikal dinaiki dua individu di Kuala Kurau dekat Kerian.
Polis tahan lelaki langgar lari pelajar dalam sekolah
Penganggur berumur 47 tahun yang ditahan itu dirujuk ke hospital Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut kerana disyaki keadaan mentalnya tidak stabil.
Polis kesan pemandu kereta langgar lari penunggang motosikal di Lebuhraya SILK
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang melanggar lari seorang penunggang motosikal di Kilometer 3.0 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) arah Balakong, semalam.
Penunggang motosikal maut susuli insiden langgar lari
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), di sini pada pagi Khamis.
Polis kesan pemandu kereta langgar lari pelajar sekolah
Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan polis.
Pejalan kaki mangsa langgar lari meninggal dunia
Polis menerima makluman daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mengenai kematian wanita berusia 64 tahun itu petang semalam.
Pemandu MPV langgar mati pejalan kaki serah diri, direman hari ini
Suspek lelaki berusia 30-an itu telah menyerah diri petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini.
Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri
Penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi dan pipi, serta calar di tangan dan kaki.
Polis buru pemandu lori langgar lari
Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kes kemalangan berkenaan sekitar jam 4 petang.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.