GAJAH mamot dipercayai pupus sekitar 4,000 tahun lalu disebabkan perubahan suhu dan pemburuan oleh manusia.


Ringkasan AI
  • Colossal Biosciences menggunakan teknik suntingan CRISPR untuk menghasilkan tikus berbulu tebal dengan genetik gabungan tikus dan mamot.
  • Teknik yang sama akan digunakan untuk menghasilkan semula mamot menggunakan embrio gajah Asia seawal 2028.
  • Colossal Biosciences juga merancang untuk mengembalikan harimau tasmania dan burung dodo.


Namun begitu, bangkai mamot masih ditemukan terpelihara di bawah lapisan fros kekal di Siberia.

Colossal Biosciences ialah antara syarikat yang ingin mengembalikan semula spesies gajah yang telah pupus, dan minggu ini mereka menunjukkan bagaimana ia akan dilakukan.

Sepasang tikus berbulu tebal seakan mamot telah berjaya dihasilkan oleh Colossal Biosciences menggunakan teknik suntingan CRISPR.

Embrio tikus makmal telah disunting dengan 7 gen mamot sebelum ia ditempel ke dalam seekor tikus betina.

Hasilnya ialah tikus yang mempunyai genetik gabungan tikus dan mamot.

Menurut Colossal Biosciences, teknik yang sama akan digunakan untuk menghasilkan semula mamot menggunakan embrio gajah Asia seawal 2028.

Selain mamot, Colossal Biosciences juga ingin mengembalikan semula harimau tasmania dan burung dodo. -Amanz