Datuk Seri Jamal Md Yunos sedia menyahut cabaran untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M2.0).

Jelasnya, beliau juga mampu untuk mengemukakan pandangan dan nasihat dalam pengurusan KR1M2.0 susulan pengalaman beliau menguruskan perniagaan selama ini.


Lepas jual ikan dengan harga murah, Jamal hari ini dinamakan sebagai individu paling layak menerajui KR1M2.0.

BACA: PAU2017: Jual ikan murah, Jamal Yunos layak urus KR1M2.0 - Perwakilan

Cadangan itu dikemukakan Perwakilan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar yang melihat beberapa tindakan Jamal dalam memerangi orang tengah berjaya dilaksanakan.