KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah, menerusi Kementerian Belia dan Sukan negeri, memperuntukkan RM97.5 juta bagi pembangunan belia dan sukan, penaiktarafan kemudahan sukan dan penyelidikan sains sukan, tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu membuktikan komitmen kerajaan Sabah kepada kemajuan sukan dan pembangunan belia di negeri ini.
"Saya mahu melihat Sabah melahirkan lebih ramai atlet dan ahli sukan yang hebat yang akan membawa kegemilangan sukan kepada negeri dan negara.
"Ramai yang telah berjaya dan mengharumkan nama Sabah dan negara dalam arena sukan kebangsaan dan antarabangsa," katanya pada pelancaran media Kejohanan Ragbi Borneo Sevens 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.
Ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Kejohanan tersebut dianjurkan sejak 2001 dan edisi 2023 dijadualkan berlangsung pada 17-19 Mac ini di Sandakan.
Sementara itu Hajiji berkata fokus patut diberikan kepada sukan seperti ragbi untuk mencungkil dan melatih bakat baharu dalam sukan tersebut.
"Sabah, seperti kita sedia maklum merupakan pasukan kuat ragbi di Malaysia dan saya sangat bangga bahawa pasukan ragbi lelaki Sabah telah mencapai kecemerlangan dan memenangi Piala Agung yang berprestij, sebanyak lima kali setakat ini.
"Ini merupakan sesuatu yang baik untuk ragbi di negeri ini, saya mahu melihat pasukan ragbi kita ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Ketua Menteri itu berkata Kesatuan Ragbi Sabah dan Kelab Eagles Rugby adalah antara perintis yang melaksanakan teknik dan modul terbaharu dalam pembangunan sukan dan beliau yakin para pegawai ragbi Sabah mampu menganjurkan Kejohanan Borneo Sevens, yang diiktiraf Ragbi Asia, dengan efektif.
"Dengan kehadiran pasukan luar terkenal dan pasukan tempatan terbaik, peminat sukan, terutama peminat ragbi akan disajikan dengan aksi hebat. Saya yakin Borneo Sevens akan terus meningkat dari segi prestij untuk menjadi acara utama dalam kalendar kejohanan untuk semua pasukan ragbi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023

Hajiji berkata peruntukan itu membuktikan komitmen kerajaan Sabah kepada kemajuan sukan dan pembangunan belia di negeri ini. - Foto fail/BERNAMA

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sabah Ke-17.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.

Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.

Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.