KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM474.55 juta bagi memperkukuh lagi pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di negeri itu pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata jumlah itu antara lain diperuntukkan bagi pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah agama Islam dan masjid, pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam serta sekolah mubaligh.
Hajiji berkata turut diperuntukkan adalah sekolah jenis kebangsaan dan persendirian, operasi perpustakaan termasuk perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak di seluruh Sabah, selain pelaksanaan pelbagai program, latihan dan kursus kemahiran.
"Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan serta isu pendidikan sebagai sebahagian agenda negara, selain secara berterusan meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini," katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Belajar Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) Kali Ke-9 di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.
Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Seramai 625 peserta KEDAP menerima sijil tamat belajar pada majlis itu.
Sementara itu, Hajiji berkata pendekatan pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan Kementerian Pendidikan bukan sahaja untuk kanak-kanak seawal usia empat tahun dalam mendapat pendidikan prasekolah secara formal.
Malah, katanya orang dewasa juga boleh mendapat pendidikan seperti melalui Program KEDAP yang menyediakan pendidikan asas kepada ibu bapa yang buta huruf dalam masyarakat luar bandar.
Justeru, Hajiji berkata kejayaan peserta KEDAP menamatkan program mereka akan meningkatkan kadar celik huruf di negara ini sekali gus menjadi perangsang kepada generasi muda untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.
"Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
HAJIJI: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM474.55 juta bagi memperkukuh lagi pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di negeri itu pada tahun ini. -Gambar fail/Bernama
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
Beberapa kawasan di Lundu dinaiki air
Hujan lebat tanpa henti sejak pagi menyaksikan beberapa kawasan di Lundu, Sarawak dinaiki air. Antara yang teruk terjejas, kawasan borong King Supermarket, lokasi tumpuan orang ramai membeli barang keperluan.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.
Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000
Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.