TAWAU: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM18.2 juta untuk membantu mangsa kebakaran membina semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam kejadian pada 17 Mac di sini dan pada 2015 di Semporna.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata daripada jumlah itu sebanyak RM10 juta diperuntuk untuk mangsa warga tempatan Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di sini, manakala RM8.2 juta untuk penduduk tempatan Kampung Bangau-Bangau di Semporna.
"Ini menunjukkan kerajaan kita prihatin dengan nasib mangsa kebakaran yang mengalami kesusahan ketika Ramadan, mudahan bantuan ini akan dapat meringankan bebanan mangsa, jadi inilah tanggungjawab kita untuk memastikan setiap rakyat akan dapat dibantu terutama dalam masa mereka diuji bencana.
"Lebih 1,000 ketua isi rumah yang terjejas dalam kebakaran di kedua-dua lokasi berkenaan akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini, dengan 608 ketua isi rumah adalah rakyat tempatan di Tawau," katanya kepada pemberita selepas program penyerahan sumbangan itu di sini hari ini.
Kebakaran rumah di Kampung Kurnia Jaya memusnahkan 658 rumah melibatkan hampir 3,500 mangsa, manakala kejadian kebakaran di Kampung Bangau-Bangau membabitkan 435 rumah dengan 2,768 mangsa.
Hajiji berkata kerajaan mempunyai perancangan membantu mangsa kebakaran atas air namun perkara itu kadang akan mengambil masa kerana melibatkan penelitian pelbagai faktor.
"Harapan kita (kerajaan negeri) supaya semua mangsa kebakaran ini mendapat rumah selesa untuk mereka tinggal sekali gus membantu mereka melancarkan kelangsungan hidup," katanya lagi.
Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan negeri juga meluluskan pembayaran bonus RM500 kepada penjawat awam negeri gred N54 dan ke bawah, dan RM250 bagi pesara sempena sambutan Hari Raya dan Pesta Menuai tahun ini dibayar sebelum sambutan tersebut.
Bagi mangsa kebakaran, Nuriati Asarik, 41 yang juga pengidap kanser tahap tiga berterima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan pembinaan semula rumah terbakar di Kampung Kurnia Jaya.
"Bersyukur kerajaan prihatin dengan nasib kami, ini merupakan kali ketiga keluarga saya ditimpa musibah sama iaitu rumah terbakar, kejadian kedua pada 2013 di tempat yang sama juga, dan sebelum itu rumah saya terbakar di Kampung Titingan.
"Ketika ini saya, suami yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kaki kiri dipotong, serta empat anak menyewa di Kampung Kurnia Jaya," katanya dalam nada hiba.
Talsam Pamansalang, 63, turut bersyukur atas keprihatinan kerajaan negeri yang memahami keperluan mendesak tempat tinggal untuk rakyat selepas ditimpa musibah.
"Selepas kebakaran itu, saya menumpang tinggal dengan anak di Balung, saya harap rumah itu dapat dibina secepat mungkin," katanya,
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Hajiji (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada salah seorang ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas pada Rabu.
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
Sabah peruntuk RM18.2 juta bantu mangsa kebakaran Tawau, Semporna
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM18.2 juta untuk membantu mangsa kebakaran membina semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam kejadian pada 17 Mac di sini dan pada 2015 di Semporna.