KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah akan mengedarkan 10,000 komputer riba kepada pelajar tingkatan lima dan enam menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini.
Ia melibatkan calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pemberian itu dipersetujui kabinet dengan peruntukan bernilai RM15 juta.
“Pengagihan akan mengambil masa selama kira-kira tiga bulan sehingga Oktober ini dan kerajaan negeri berharap pemberian komputer riba ini akan membantu pelajar yang tidak berkemampuan.
“Ini adalah kaedah yang kita (kerajaan negeri) ambil untuk membantu agar pelajar yang tidak berkemampuan tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya lagi, pengagihan fasa satu ini melibatkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 158 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).
Ia membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar.
Malah, komputer riba pelbagai jenama itu juga boleh digunakan sehingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
BACA: PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi
Pada Ahad, Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan disambung lagi untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia akan berterusan hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.
Antara lain, Radzi turut memaklumkan ujian lisan dan amali sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan pada Februari 2022 manakala ujian bertulis pula pada Mac 2022.
Syafik Shukri Jalil
Sun Jun 06 2021
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pemberian itu dipersetujui kabinet dengan peruntukan bernilai RM15 juta. FOTO: BERNAMA
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Sabah peruntuk RM15 juta beri komputer riba kepada pelajar kurang mampu
Kerajaan Sabah akan mengedarkan 10 ribu komputer riba kepada pelajar tingkatan lima dan enam menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini.