Isu pemilikan geran tanah adat merupakan isu utama buat penduduk asal di Sabah.
Tidak terkecuali penduduk beberapa kampung di daerah Kota Marudu yang rata-rata umpama tinggal di atas tanah haram.
Bagaimanapun, akui penduduk Kampung Tonsom, Jame Rumadson, 70, proses penyukatan tanah sudah beberapa kali dilakukan pihak kerajaan tetapi tiada sekeping sijil pemilikan geran tanah diberikan kepada mereka.
"Ini tanah kebun sudah ada zaman bapa saya lagi, saya sekarang sudah 70 tahun sehingga sekarang tiada geran pemilikan diberikan walaupun aktiviti penyukatan dilakukan.
"Saya tidak mahu (mereka) pura-pura menyukat... bila mahu kempen akan melakukan penyukatan. Saya mahu selepas sukat dalam beberapa bulan terus serahkan geran. Sampai saya mati pun belum ada geran," katanya ketika ditemui di kebunnya pada Rabu.
Sehubungan itu, Jame berharap kerajaan ambil tindakan segera mengenai perkara tersebut bagi membolehkan dia dan penduduk kampung lain dapat mengusahakan tanah tersebut.
Ulas Jame, dia dan beberapa penduduk berasa takut dan bimbang sekiranya tanah itu diusahakan, ia akan diambil pihak berkuasa.
Masalah sama turut dialami penduduk Kampung Minansod, Kota Marudu Christina Saidi, apabila dia yang sudah 57 tahun tinggal di kampung tersebut masih tidak memiliki geran yang sah.
"Kami sebagai penduduk yang tinggal di tanah adat ini sangat sedih, khuatir dan sentiasa bimbang kerana tanah yang tidak mempunyai geran itu belum jadi hak milik kami.
"Kerajaan bila-bila masa sahaja boleh mengambil tanah ini dan menghalau kami," katanya.
Sementara itu, bagi Ketua Kampung Minansod, Osnah Lumidang permohonan pemilikan tanah sudah diserahkan kepada pegawai daerah dan pihak berwajib bagaimanapun tiada jawapan daripada mereka.
"Saya sudah membuat follow up dengan pihak berwajib tetapi masih belum ada jawapan. Kami amat memerlukan geran dengan segera supaya kami berasa terjamin dengan untuk duduk di sini," katanya lagi.
Assim Hassan
Wed Aug 26 2020
JAME menunjukkan batu bercalit cat merah menandakan sempadan tanahnya di Kampung Tonsom, Kota Marudu. - Astro AWANI
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.
Jenayah: Polis buru lelaki curi beg di medan selera
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah beg yang berlaku di medan selera Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam, pada 2 Januari lalu.
Guru ditahan, cabul murid tahun enam dalam rumah hantu sekolah
Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di Melaka Tengah direman enam hari selepas disyaki mencabul dua muridnya berusia 12 tahun dalam rumah hantu karnival sekolah.
Pendekatan global diperlukan dalam penggubalan dasar - Rafizi
Malaysia akan mengambil pendekatan global dalam penggubalan dasar untuk kekal relevan dalam menghadapi perubahan dinamik global.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Nampak imigresen, PATI lari lintang-pukang
Suasana sunyi kawasan pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.
[TERKINI] Kriteria kelayakan, mekanisme pelaksanaan RON95 akan diumum seawal mungkin
Kriteria kelayakan dan mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 akan diumumkan seawal mungkin kepada rakyat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
AWANI Ringkas: Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Sabah Memilih: Mungkin tunggu saya mati pun belum dapat geran tanah - Penduduk Kota Marudu
Isu pemilikan geran tanah adat merupakan isu utama buat penduduk asal di Sabah.