KOTA KINABALU: Kenaikan harga tiket penerbangan khususnya ke Sabah yang dilihat melonjak sehingga lima kali ganda ketika ini, dikhuatiri akan menjejaskan usaha memulihkan sektor pelancongan negeri ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata pelancong antarabangsa mahupun domestik hanya boleh melawat Sabah melalui penerbangan dan sekiranya harga tiket tidak berpatutan dan melambung tinggi, ia akan menjejaskan jumlah kehadiran pelancong ke "Negeri Di Bawah Bayu" itu.
"Pintu sempadan negara telah dibuka pada 1 April lepas dan kita menjangkakan menerima kehadiran pelancong sekitar satu hingga 1.3 juta orang yang akan tiba dan melawat ke Sabah.
"Kita baharu sahaja terlepas daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan (situasi) ekonomi teruk (berikutan pandemik COVID-19), sekiranya harga tiket penerbangan dinaikkan, ini sudah tentu menjejaskan industri pelancongan dari segi kehadiran pelancong ke Sabah," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya di sini semalam.
Mengulas lanjut, Jafry berkata pihaknya menerima rungutan daripada rakyat negeri ini susulan kenaikan harga tiket tersebut kerana menyukarkan mereka untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.
"Sebagai contoh untuk hari ini sahaja, (harga tiket penerbangan) dari Kota Kinabalu ke Tawau mencecah sehingga RM1,300. Ini tidak masuk akal, terlampau tinggi, sedangkan biasanya (harga tiket) dalam RM100 ke RM300.
"Justeru, saya minta kepada pihak berkaitan untuk melihat perkara ini dan saya yakin kerajaan pada hari ini begitu mementingkan suara rakyat," katanya.
Semalam, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan Sabah mendesak Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pengangkutan untuk mencari jalan bagi mengurangkan harga tiket penerbangan tersebut.
Sementara itu, Jafry ketika diminta mengulas mengenai kenaikan Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah, berkata ia menunjukkan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan dan beliau berharap peruntukan itu akan digunakan untuk memperkasakan lagi pembangunan di negeri ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dalam kenyataan bersama semalam dilaporkan berkata pemberian geran khas baharu untuk Sabah meningkat 4.7 kali ganda iaitu daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022
![Sabah khuatir kenaikan harga tiket penerbangan jejas usaha pulih pelancongan Sabah khuatir kenaikan harga tiket penerbangan jejas usaha pulih pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649987325_JafryAriffin.jpg)
Jafry berkata pihaknya menerima rungutan rakyat Sabah susulan kenaikan harga tiket penerbangan kerana menyukarkan mereka untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri. - Foto Facebook Jafry Ariffin
![Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735002207_tbkebakaran.jpg)
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
![Semangat membara Soon Huat-Shevon Semangat membara Soon Huat-Shevon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734999042_tbBEREGUcampuran.jpg)
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
![Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734998846_tbTonyFernandes.jpg)
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
![KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734998514_klccholdingslogo.jpg)
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
![Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734997797_tbSheikhHasina.jpg)
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
![Anak gajah dipotong kaki dilaporkan mati Anak gajah dipotong kaki dilaporkan mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655895515_Anakgajahdipotong.jpg)
Anak gajah dipotong kaki dilaporkan mati
Anak gajah yang cedera akibat terkena jerat sehingga pergelangan kaki kanannya terpaksa dipotong dilaporkan mati pada petang Selasa.
![Sabah cadang syarikat penerbangan Singapura luaskan laluan ke Sandakan dan Tawau Sabah cadang syarikat penerbangan Singapura luaskan laluan ke Sandakan dan Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654833059_PelanconganSabah.jpg)
Sabah cadang syarikat penerbangan Singapura luaskan laluan ke Sandakan dan Tawau
Sabah dalam usaha menarik penyertaan syarikat penerbangan Singapura untuk meneroka sekali gus meluaskan penerbangan terus ke Sandakan dan Tawau.
![Sabah khuatir kenaikan harga tiket penerbangan jejas usaha pulih pelancongan Sabah khuatir kenaikan harga tiket penerbangan jejas usaha pulih pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649987325_JafryAriffin.jpg)
Sabah khuatir kenaikan harga tiket penerbangan jejas usaha pulih pelancongan
Sekiranya harga tiket tidak berpatutan dan melambung tinggi, ia akan menjejaskan jumlah kehadiran pelancong ke Sabah.
![Inisiatif VTL mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah - Jafry Inisiatif VTL mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah - Jafry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624785905_TBJafryAriffin.jpg)
Inisiatif VTL mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah - Jafry
Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah perlu melakukan penelitian dan sekali gus mempertimbangkan perlaksanaan inisiatif VTL menerusi perkhidmatan udara melalui Singapura.
![Pesta Magahau berpotensi diangkat sebagai produk pelancongan Sabah - Jafry Pesta Magahau berpotensi diangkat sebagai produk pelancongan Sabah - Jafry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639366686_SambutanPestaMagah.jpg)
Pesta Magahau berpotensi diangkat sebagai produk pelancongan Sabah - Jafry
Selain kisah sejarah sambutannya yang menarik, gerak tarinya juga mampu memukau mereka yang menyaksikannya.
![Tempahan mendaki Gunung Kinabalu akan dilakukan secara dalam talian Tempahan mendaki Gunung Kinabalu akan dilakukan secara dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617208420_Gunungkinabalu.jpg)
Tempahan mendaki Gunung Kinabalu akan dilakukan secara dalam talian
Proses tempahan dan bayaran mendaki ke Gunung Kinabalu akan menjadi lebih mudah pada masa depan, berikutan Taman-Taman Sabah (TTS) sedang membangunkan sistem tempahan dan permit secara dalam talian.
![Sabah mahu bawa pelancong dari Singapura melalui gelembung pelancongan Sabah mahu bawa pelancong dari Singapura melalui gelembung pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610888845_GunungKinabalu.jpg)
Sabah mahu bawa pelancong dari Singapura melalui gelembung pelancongan
Datuk Jafry Ariffin, berkata pihaknya sedang menunggu keputusan jemaah menteri mengenai perkara itu.
![Vaksin COVID-19: Program imunisasi mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah Vaksin COVID-19: Program imunisasi mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614391989_JafryHjAriffin.jpg)
Vaksin COVID-19: Program imunisasi mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah
Operator pelancongan di Sabah berharap vaksin akan menjadi pembuka jalan untuk sektor itu kembali beroperasi.
![Kerajaan Sabah akan pastikan individu tular hidang telur penyu dihukum Kerajaan Sabah akan pastikan individu tular hidang telur penyu dihukum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613668069_telurpenyu.jpg)
Kerajaan Sabah akan pastikan individu tular hidang telur penyu dihukum
Ada pihak tidak prihatin hal berkenaan dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sudah diminta untuk menyiasat perkara itu.
![Naik taraf infrastruktur, bantu sektor pelancongan Naik taraf infrastruktur, bantu sektor pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612284001_Gunungkinabalu.jpg)
Naik taraf infrastruktur, bantu sektor pelancongan
Naik taraf infrastruktur, bantu sektor pelancongan