KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dapat memuktamadkan penurunan kuasa bidang pendidikan dan kesihatan dalam masa terdekat, seperti dibincangkan menerusi Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai penurunan kuasa itu, berkata dengan mempunyai lebih autonomi, kerajaan negeri akan dapat memastikan sistem pendidikan Sabah, mampu bergerak maju seiring dengan Semenanjung.
Hajiji berkata penurunan kuasa yang memberi tumpuan kepada aspek pentadbiran dan pengurusan itu, akan lebih memudahkan kerajaan Sabah melaksanakan seterusnya mempercepat setiap projek pembangunan pendidikan, selain pelantikan dalam perjawatan perguruan seperti diharapkan oleh rakyat negeri itu.
"Usaha desentralisasi kuasa pendidikan ini juga, secara tidak langsung membuktikan kepercayaan kerajaan Persekutuan kepada jentera kerajaan negeri, khususnya dalam meningkatkan keupayaan sistem pendidikan di Sabah.
"Kita yakin dengan adanya autonomi ini, kerajaan negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, akan mempunyai fleksibiliti untuk pelbagai isu berkaitan pendidikan di negeri ini," katanya berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri ke-34 di sini, hari ini.
Pada 15 Mei, Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 berkata sekretariat itu, antara lain sedang membincangkan mengenai pemberian kuasa pentadbiran untuk sektor pendidikan dan kesihatan di Sabah serta Sarawak, terutama melibatkan pengambilan petugas.
Fadillah berkata Sabah dan Sarawak menghadapi cabaran dalam sektor pendidikan serta kesihatan, kerana perancangan melibatkan sektor itu dilaksanakan di Putrajaya, termasuk isu penting seperti pengambilan petugas.
Hajiji berkata pegawai bagi kedua-dua bidang itu di peringkat negeri, mempunyai pengetahuan lebih baik mengenai permasalahan rakyat di kawasan masing-masing.
"Dengan itu, kawalan dan penyeliaan yang lebih baik harus dilaksanakan dan ini secara tidak langsung membolehkan isu permasalahan rakyat dapat diurus dengan lebih cekap dan cepat," katanya.
Sementara itu, Hajiji ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan berkata, kerajaan Sabah sedang memperinci dan memperhalusi perjanjian perdagangan karbon, kerana ia satu bidang yang baik untuk diterokai.
"Ini kerana kita boleh memperolehi hasil lumayan daripada perdagangan karbon ini. Tetapi, perkara-perkara melibatkan pengurusan, kawasan dan lain-lain mesti dijalankan secara baik dan teratur," katanya ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan Sabah berhubung perkara itu.
Pada Khamis (27 Julai), Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA) untuk perdagangan karbon negeri itu masih berjalan, namun berdepan penangguhan pada masa ini dan langkah itu dijangka membuahkan hasil sekitar 18 bulan lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Hajiji berkata dengan mempunyai lebih autonomi, kerajaan negeri akan dapat memastikan sistem pendidikan Sabah, mampu bergerak maju seiring dengan Semenanjung. -Gambar fail/Bernama
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Skandal Sabah Mineral: Serah pada pihak berwajib siasat, ambil tindakan wajar - Hajiji
Kerajaan negeri Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa.
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
Sabah mampu dibangunkan dengan baik jika tiada ketirisan berlaku - PM Anwar
Beliau berkata usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi beliau percaya dengan kerjasama semua pihak, akan dapat membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.
Sabah setuju penyelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA - Hajiji
Kerajaan Sabah bersetuju untuk penyelarasan gaji dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi 21,228 penjawat awam negeri itu.
Sabah catat 7,448 penempatan pekerjaan setakat 27 Sept - Hajiji
Sabah berjaya mencatat sebanyak 7,448 penempatan pekerjaan untuk penduduk negeri itu setakat 27 Sept lepas menerusi pelbagai usaha kerajaan melalui PERKESO dan pelbagai agensi terlibat.
Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang membabitkan kewarganegaraan.
Projek pembangunan Persekutuan di Sabah perlu dilaksanakan dengan cepat - Hajiji
Kementerian berkenaan juga digesa berhubung dengan agensi Persekutuan yang berkaitan di Sabah bagi mengukuhkan kerjasama.
Kaji tambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah - Hajiji
Sabah perlu mempertimbang beberapa faktor berkaitan pemilihan kerusi Parlimen bagi memenuhi kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi di negeri itu.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.