KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti masjid atau surau bermula esok.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata keputusan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkaitan aktiviti masjid dan surau yang diadakan semalam.
"Mesyuarat turut menetapkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan satu meter.
"Individu lengkap divaksin adalah diutamakan," kata Masidi yang juga jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah dalam kenyataan, malam ini.
Masidi berkata aktiviti masjid dan surau seperti kuliah maghrib, kuliah dhuha, kelas agama dan seumpamanya turut dibenarkan mengikut bilangan kapasiti ditetapkan manakala majlis akad nikah pula dibenar diadakan di dewan atau ruang khas masjid.
"Pengurusan jenazah dan ziarah kubur dibenarkan mengikut bilangan tidak lebih 30 orang. Umat Islam juga dinasihatkan agar mematuhi sepenuhnya SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa bagi memutuskan penularan wabak COVID-19," katanya.
Sementara itu, Masidi berkata sebanyak 691 kes baharu direkodkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif 208,197 kes, dengan 15 kematian dilaporkan.
Sebanyak 656 pesakit sembuh dan dibenar keluar dari hospital mahupun Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 195,674 orang, manakala 2,389 pesakit masih menjalani rawatan, katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Thu Oct 14 2021

Masidi berkata, mesyuarat itu turut menetapkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan satu meter. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Wanita hamil nyaris maut, pacuan empat roda dihempap kayu balak
Seorang wanita sarat hamil cedera selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak dalam kejadian di Sungai Udin, Jalan Merotai-Kalabakan, pada Rabu.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.