Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Sabah, akan terus menjalin dan mengukuhkan hubungan dengan negara jiran Malaysia termasuk Indonesia untuk kebaikan kedua-dua pihak.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata baginya apa sahaja usaha yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepada Malaysia, khasnya Sabah dan Indonesia perlu dialu-alukan.
"Kita perlu eratkan hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia, Sabah khasnya. Kalau Sabah boleh memainkan peranan (mengeratkan hubungan ini), Alhamdulillah. Inilah tujuan kita eratkan perhubungan supaya (demi) keuntungan kepada negara Malaysia, negeri Sabah dan juga Indonesia," katanya.
Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Republik Indonesia ke Malaysia Rusdi Kirana di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir ialah Gabenor Sulawesi Utara Olly Dondokambey.
Menurut Mohd Shafie antara sektor yang boleh dibangunkan kedua-dua pihak ialah sektor pelancongan di Sabah dan Sulawesi Utara khususnya Manado dan idea ini mungkin boleh direalisasikan melalui khidmat penerbangan AirAsia dan juga Malindo Air.
Menurut Mohd Shafie hubungan baik Sabah dan Indonesia juga perlu terus dieratkan memandangkan Sabah masih bergantung kepada tenaga kerja dari negara berkenaan terutama dalam sektor perladangan.
"Kita juga sedar, di sini ramai pekerja Indonesia. Jadi kita perlukan mereka untuk bekerja di ladang-ladang kerana mereka mempunyai kepakaran dan komitmen yang cukup baik.
"Tanpa pertolongan ini, sudah pasti kita akan berhadapan dengan masalah. Jadi perlu kita eratkan hubungan kita," kata Mohd Shafie.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 23 2018
SHAFIE: Kita perlu eratkan hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia, Sabah khasnya. - Gambar fail
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
China sedia rapatkan hubungan dengan negara Arab
Xi menyatakan demikian semasa menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab (CASCF).
Malaysia-Indonesia mampu kukuhkan ASEAN - Dino Patti Djalal
Banyak potensi yang boleh diterokai oleh kedua-dua negara untuk memperkukuhkan lagi Asean.
Sweden berusaha perbaiki hubungan dengan negara Islam
Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam, kata Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom.
Hubungan Harry Styles dan Olivia Wilde berakhir
Pasangan itu mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan mereka buat sementara waktu kerana mempunyai 'keutamaan berbeza'.
Hubungan Korea Selatan-Malaysia boleh dipertingkat ke peringkat lebih hebat - Duta
Korea Selatan dan Malaysia menikmati hubungan yang lebih erat bukan sahaja dari segi bilangan dan jumlah.
UAE hantar semula duta ke Iran
Penempatan semula duta ke Tehran ini diputuskan enam tahun selepas ia menutup pejabat kedutaannya.
Letupan di Karachi sasarkan hubungan Pakistan-China
Kejadian itu akan disiasat segera dan Pakistan akan memastikan dalang di sebalik kejadian itu akan menerima hukuman sewajarnya.
Perkembangan positif hubungan Malaysia dengan China, AS
Malaysia sentiasa mengambil inisiatif mengimbangi hubungan baik dengan China dan AS menerusi platform hubungan dua hala dan juga pelbagai hala.
Tidak mungkin Malaysia jalin hubungan dengan Israel buat masa ini - Ahli akademik
Jika mahu perubahan dalam pendirian Malaysia, Israel mesti buktikan ia menghormati dan mematuhi undang-undang antarabangsa berhubung kedaulatan Palestin.
Amzad nafi pentadbiran kerajaan Terengganu bermasalah dengan istana
Datuk Ahmad Amzad Hashim menafikan beliau terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana.