PEMPENGARUH media sosial, Ryzal Durian Kimchi mendakwa ditipu berkait satu perjanjian jual beli melibatkan sebidang tanah di negeri kelahirannya di Kelantan yang bernilai lebih RM500,000.
Ryzal Ibrahim, 31, berkata, pelanggaran perjanjian itu berlaku melibatkan seorang individu lelaki berusia 50-an yang juga berasal dari negeri sama ke atas tanah milik kepada ahli keluarga lelaki itu.
Katanya, pada 26 November 2020, perjanjian yang dibuat atas nama adik perempuan Ryzal ditandatangani bagi tanah lot di mukim Padang Enggang di sini dengan harga RM40,000.
“Mengikut perjanjian, tanah itu sepatutnya menjadi milik kami tetapi semasa itu Covid-19 melanda menyebabkan urusan menukar hak milik tanah tidak dapat dilakukan walaupun selepas tamat enam bulan. Dia ada berjanji nak bayar semula RM40,000 itu, tapi hanya membayar RM10,000 sahaja.
“Apabila keadaan pandemik reda, semakan yang dibuat di Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu bagaimanapun mengejutkan kerana hartanah tersebut sudah berpindah milik kepada nama orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Rabu.
Menurut Ryzal, beberapa kali rundingan cuba dibuat dengan individu itu kerana melanggar perjanjian tersebut namun gagal.
Katanya, bayaran RM10,000 yang dibuat lelaki itu pada tahun 2021 tersebut hanya selepas didesak dan kemudian tidak ada lagi bayaran dibuat selepas itu menyebabkannya melantik peguam, Nik Saiful Adli Burhan dari Tetuan Irmohizan Rosley dan Nik Adli bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM40,000.
“Semasa masih menetap di Korea, beberapa kali kami terpaksa pulang ke Malaysia dan Kelantan untuk menyelesaikan urusan ini. Semua itu terutama pengangkutan melibatkan kos yang besar.
“Sekarang ini, notis tuntutan sudah pun dihantar kepadanya dan saya akan teruskan dengan saman, jika pihak tersebut masih tidak membayar kesemua wang saya,” ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 06 2023
![Ryzal Durian Kimchi dakwa ditipu kes jual beli tanah bernilai RM500,000 Ryzal Durian Kimchi dakwa ditipu kes jual beli tanah bernilai RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693986612_Ryzal.jpg)
Ryzal (kanan) bersama isterinya, Maryam You Narae (kiri) juga pempengaruh Durian Kimchi dan anak mereka, Rina (tengah). -Foto Sinar Harian
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
Puluhan negara ikrar sokongan padu terhadap ICC
Sebanyak 79 negara tegaskan sokongan berterusan terhadap ICC, menegaskan peranan pentingnya dalam keadilan antarabangsa selepas sekatan ekonomi dan perjalanan yang dikenakan oleh Trump.
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Presiden ICC Tomoko Akane kutuk sekatan AS yang mengancam kebebasan mahkamah dan keadilan global. Tindakan itu sebagai bantahan terhadap waran tangkap Netanyahu.
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Hamas akan bebaskan tiga tebusan Israel pada Sabtu sebagai pertukaran dengan 183 banduan Palestin. Kumpulan itu menuduh Israel melanggar gencatan senjata dan menahan bantuan kemanusiaan.
AS rancang jual senjata $7.4 bilion kepada Israel
Amerika Syarikat merancang untuk menjual peralatan ketenteraan bernilai $7.4 bilion kepada Israel, termasuk peluru berpandu dan pelbagai jenis peluru, ketika gencatan senjata di Gaza masih rapuh.
Pentadbiran bekas Presiden Joe Biden sebelum ini telah memaklumkan kepada Kongres mengenai cadangan penjualan senjata bernilai $8 bilion kepada Israel pada Januari.
Pentadbiran bekas Presiden Joe Biden sebelum ini telah memaklumkan kepada Kongres mengenai cadangan penjualan senjata bernilai $8 bilion kepada Israel pada Januari.
![Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966131_KuchingCityFC.jpg)
Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.
![Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738966030_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah
Baginda bertitah umat Islam dilihat semakin mudah terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat dan menyeleweng.
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738965863_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
![Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738965729_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
![Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738932125_TBSKIMRUMAHIBUjpg.jpg)
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
![Ryzal Durian Kimchi dakwa ditipu kes jual beli tanah bernilai RM500,000 Ryzal Durian Kimchi dakwa ditipu kes jual beli tanah bernilai RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693986612_Ryzal.jpg)
Ryzal Durian Kimchi dakwa ditipu kes jual beli tanah bernilai RM500,000
Ryzal Ibrahim, 31, berkata, pelanggaran perjanjian itu berlaku melibatkan seorang individu lelaki berusia 50-an yang juga berasal dari negeri sama ke atas tanah milik kepada ahli keluarga lelaki itu.