KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Raj Munni Sabu.
Beliau berkata dalam usaha merealisasikan penggubalan akta khusus bagi warga emas itu, sebuah pasukan khas dilantik pada Mac lepas.
"Pasukan ini terdiri daripada pelbagai kementerian, badan-badan profesional, ahli akademik dan individu yang berpengetahuan serta berpengalaman dalam isu-isu berkaitan warga emas.
"Pasukan ini ditubuhkan bagi memastikan RUU ini dapat dibentangkan selepas digubal secara komprehensif dan kementerian sedang merangka (RUU itu) untuk bacaan pertama, kedua dan ketiga pada tahun hadapan," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu apakah pendekatan kerajaan untuk mewujudkan akta khusus bagi warga emas dan bila bercadang membentangkannya di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Raj Munni berkata kandungan dan pendekatan RUU yang dicadangkan adalah hasil kajian dijalankan di lapangan, analisis perbandingan dengan negara lain dan menerusi sesi konsultasi temu bual mendalam bersama pelbagai pihak.
"Cadangan kandungan draf RUU warga emas ini adalah seperti melindungi kebajikan warga emas, melindungi hak asasi warga emas, mewujudkan sistem sokongan yang kukuh kepada warga emas dan penjaga.
"...ia disasarkan untuk bacaan kali pertama pada tahun 2024 berdasarkan perancangan garis masa dan prosedur penggubalan RUU khususnya melibatkan pihak berkepentingan," katanya.
Mengulas mengenai model bagi RUU tersebut, beliau berkata RUU itu akan mengambil kira sepertimana Akta Kanak-Kanak digubal pada tahun 2001 yang menekankan kepada kelangsungan hidup, perlindungan, pemuliharaan dan pemerkasaan.
Katanya, perbandingan dengan negara-negara Asia turut dilakukan seperti Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia dan India dalam memastikan model bagi RUU itu bersifat menyeluruh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Cadangan kandungan draf RUU warga emas ini adalah seperti melindungi kebajikan warga emas, melindungi hak asasi warga emas, mewujudkan sistem sokongan yang kukuh kepada warga emas dan penjaga. - Gambar hiasan/Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

RUU warga emas dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun hadapan
Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada tahun hadapan.