SEREMBAN: Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-kanak akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata usaha mewujudkan sebuah suruhanjaya kanak-kanak yang bebas amat penting bagi melindungi dan memelihara kebajikan serta kepentingan kira-kira 9.5 juta golongan itu di seluruh negara.
Katanya ia bukan sahaja bertujuan mewujudkan kefahaman menyeluruh bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) serta badan bukan kerajaan yang berkaitan, tetapi juga dapat membantu Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak.
"Sebenarnya kertas Kabinet itu saya dah sediakan dan akan bawa pada Kabinet, Insya-Allah pada bulan ini atau awal bulan depan, dengan harapan kelulusan dari segi dasar dan rangka undang-undang itu dapat dibawa pada sesi Parlimen nanti.
"Pada masa ini pejabat pesuruhjaya kanak-kanak (OCC) berada di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), tetapi kita perlu mengeluarkannya dan menjadikan ia benar-benar bebas, kerana SUHAKAM mengendalikan lebih banyak isu berkaitan hak asasi manusia, tetapi bagi aspek pesuruhjaya kanak-kanak, SUHAKAM perlu lihat melangkaui aspek hak asasi," katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Mahkamah Seremban hari ini.
AZALINA-RUU 2 (AKHIR) SEREMBAN
Beliau berkata hal berkaitan kanak-kanak bukan hanya kerja solo yang melibatkan satu kementerian semata-mata, tetapi seluruh ekosistem termasuk Kementerian Pendidikan dan KPWKM serta masyarakat.
"OCC mesti bebas dan bukan sebuah agensi kerajaan, supaya ia juga boleh memantau dan memberikan bantuan kepada agensi kerajaan untuk menampilkan amalan terbaik buat kanak-kanak. Kita tidak boleh bersifat defensif apabila melibatkan hak kanak-kanak. Anak-anak kita adalah masa depan negara. Kita mesti sediakan perlindungan penuh kepada mereka," katanya.
Sementara itu Azalina berkata berkata berdasarkan kajian, sehingga hari ini 6,791 kes penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak telah dilaporkan, dengan Kelantan merekodkan kes paling tinggi sehingga 1,097 manakala kadar pelupusan kes secara menyeluruh ialah 72.6 peratus.
"Sebab itu, kita perlu lihat kepada wujudnya mahkamah bergerak, saya tahu Sabah dan Sarawak ada.. di sini juga tak ada mahkamah siber, sekarang banyak jenayah siber berlaku dan kes jenayah seksual kanak-kanak, grooming juga adalah elemen siber, jadi perkara ini perlu dikaji," katanya.
Azalina berkata selain itu Akta Imuniti Negara bagi melindungi Malaysia daripada pelbagai tuntutan asing juga dijangka dibentangkan dalam sesi Parlimen pada Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Seri Azalina Othman Said pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini. - Foto BERNAMA
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
RUU Suruhanjaya Kanak-kanak dibentang di Parlimen Oktober ini - Azalina
Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-kanak akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.