KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 yang bertujuan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pindaan akta itu dapat memantapkan lagi penguatkuasaan, pencegahan pencemaran dan jenayah alam sekitar daripada terus berlaku dengan peningkatan kadar penalti serta kompaun, selain membolehkan tindakan tegas diambil terhadap penjenayah alam sekitar.
"Ketegasan melalui peningkatan denda ini adalah sebagai isyarat keseriusan kerajaan dalam membanteras pencemaran dan jenayah alam sekitar di Malaysia.
"Kementerian sentiasa komited untuk memuktamadkan rang undang-undang ini sebagai satu daripada usaha dalam memperkasa aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang merupakan tanggungjawab bersama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Nazmi berkata fasa kedua pindaan akta itu kelak akan berbentuk substantif menjurus kepada isu-isu yang akan timbul berkaitan tadbir urus alam sekitar seperti mekanisme mengarusperdanakan alam sekitar, amalan industri hijau dan keperluan laporan Kelestarian Alam Sekitar oleh premis industri.
Terdahulu, sebanyak 16 Ahli Parlimen terlibat membahaskan rang undang-undang berkenaan sebelum ia diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga.
Rang undang-undang ini melibatkan pindaan 28 seksyen Akta 127 yang antara lain merangkumi pemantapan hukuman dengan julat kadar denda minimum tidak kurang daripada RM5,000, denda maksimum tidak melebihi RM10 juta dan penjara mandatori tidak melebihi tempoh lima tahun.
"Rang undang-undang ini juga menetapkan denda maksimum RM10 juta bagi kesalahan melibatkan pencemaran air, pencemaran buangan minyak serta buangan di perairan Malaysia dan pelupusan haram buangan terjadual.
"Selain itu, penjara mandatori tidak melebihi tempoh lima tahun dikenakan bagi kesalahan melibatkan pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran air dan ketidakpatuhan kepada keperluan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA)," katanya.
Sementara itu, Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan Rang Undang-undang Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024.
Nik Nazmi ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua berkata ia antara lain dapat memperkasakan peranan Lembaga Jurukur Tanah dalam mengawal selia aktiviti pengukuran oleh juruukur tanah berlesen (JTB).
Selain itu, pindaan kepada Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 berkenaan dijangka memberi impak positif melalui peningkatan profesionalisme dan kemajuan kerjaya JTB.
Menurut Nik Nazmi, ia juga bertujuan meningkatkan perlindungan terhadap hak dan kepentingan pengguna perkhidmatan, serta memastikan perundangan berkaitan bidang ukur geomatik selari dengan peredaran semasa dan kemajuan teknologi di peringkat global.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 lulus di Dewan Rakyat
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 yang bertujuan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Dewan Rakyat lulus RUU Kualiti Alam Sekeliling, denda maksimum naik ke RM10 juta
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, yang menyaksikan denda maksimum dinaikkan kepada RM10 juta.