KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023, antara lain bertujuan mengawal selia kekebalan yang diberikan kepada sesuatu negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan sesuatu negara daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia, dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Ia dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang memaklumkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Fasal 20 dan 21 rang undang-undang itu memperuntuk penubuhan Majlis Kekebalan Negara Asing yang berfungsi antaranya untuk menimbang teliti dan memutuskan semua perkara berkaitan dengan kekebalan negara asing yang timbul daripada pelaksanaan akta ini.
Selain itu, Fasal 30 memperuntuk Perdana Menteri boleh menarik balik semua atau mana-mana kekebalan di bawah akta berkenaan terhadap mana-mana negara asing, jika beliau berpuas hati bahawa Malaysia tidak menerima apa-apa kekebalan seperti yang diberikan oleh Malaysia.
Azalina dalam satu kenyataan memaklumkan penggubalan rang undang-undang itu adalah berasaskan doktrin kekebalan negara asing daripada bidang kuasa mahkamah yang sudah lama diterima pakai di bawah undang-undang adat antarabangsa serta beberapa prinsip yang diperuntuk dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kekebalan Bidang Kuasa Negara dan Harta Mereka 2004.
"Prinsip layanan salingan merupakan antara perkara utama dalam rang undang-undang ini. Kuasa akan diberikan kepada Perdana Menteri untuk menarik balik kekebalan yang diberikan kepada mana-mana negara asing jika negara asing itu tidak memberikan kekebalan yang sama kepada kita," katanya.
Menurutnya penggubalan rang undang-undang itu juga mencerminkan usaha Malaysia dalam melindungi kekebalan negara asing selain memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia dengan negara asing.
Beliau berharap kewujudan undang-undang itu akan membuka hati kerajaan negara asing untuk turut memberikan kekebalan kepada Malaysia sekali gus menjamin kedaulatan Malaysia sekiranya terdapat tindakan mahkamah yang dimulakan terhadap Malaysia di negara asing tersebut.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula membentangkan Rang Undang-Undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Ia antara lain bertujuan memasukkan fungsi baharu Lembaga Lebuhraya Malaysia iaitu menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai perkara yang berkaitan dengan lebuh raya, membentuk piawaian bagi lebuh raya dan melaksanakan perancangan, reka bentuk, pembinaan, pengendalian, pengurusan serta penyenggaraan lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
![RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701253880_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat akan datang. - Gambar/ Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712152281_GobindSinghDeo.jpg)
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
![RUU Perlembagaan Pindaan, Keselamatan Siber dibentang kali pertama di Dewan Rakyat RUU Perlembagaan Pindaan, Keselamatan Siber dibentang kali pertama di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710211210_SaifuddinNasution.jpg)
RUU Perlembagaan Pindaan, Keselamatan Siber dibentang kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
![Biden tandatangan RUU perbelanjaan, elak penutupan kerajaan Biden tandatangan RUU perbelanjaan, elak penutupan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697765116_PresidenAS.jpg)
Biden tandatangan RUU perbelanjaan, elak penutupan kerajaan
Ini selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU itu pada Jumaat manakala Senat awal pagi Sabtu, kira-kira dua jam selepas tarikh akhir penutupan.
![DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705385700_TBANTHONYLOKEjp.jpg)
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
![RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701253880_AzalinaOthmanSaid.jpg)
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
![KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini - Dr Zaliha KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699339520_ZalihaMustafa.jpg)
KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini - Dr Zaliha
Rang undang-undang itu penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok.
![Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699953813_ManBurnQuran.jpg)
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
![Penggubalan Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing di peringkat akhir - Azalina Penggubalan Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing di peringkat akhir - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681226866_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Penggubalan Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing di peringkat akhir - Azalina
Berdasarkan prinsip layanan salingan, layanan sama diharapkan akan diberikan kepada Malaysia oleh negara asing.
![Luluskan RUU GEG segera: Lindungi remaja dan kanak-kanak dari ketagihan vape Luluskan RUU GEG segera: Lindungi remaja dan kanak-kanak dari ketagihan vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594731688_vaperokok.jpg)
Luluskan RUU GEG segera: Lindungi remaja dan kanak-kanak dari ketagihan vape
Sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU ini akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 Dewan Rakyat lulus RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696946438_TBNikNazmi.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023
Rang undang-undang (RUU) bagi menggubal akta mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga diluluskan persidangan Dewan Rakyat hari ini.