IPOH: Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Selain itu, Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak berkata RUU tersebut penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur terhadap kerajaan supaya mereka tidak diganggu oleh kenyataan golongan 'tebuk atap' yang mengancam ekonomi negara.
"Kalau itu (RUU) boleh menutup ruang kenyataan (oleh golongan tebuk atap), maka ia bagus untuk dilaksanakan)," katanya kepada pemberita tentang cadangan penggubalan RUU itu pada sidang media Konvokesyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak 2024 di sini hari ini.
Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.
Ia untuk memastikan peristiwa terdahulu berkaitan pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali tidak berulang.
Saarani yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata Perak sedia mengguna pakai rang undang-undang tersebut jika diluluskan oleh Parlimen.
Sementara itu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata Kerajaan Madani yang memerintah negara pada masa ini adalah kukuh dengan sokongan 157 Ahli Parlimen.
"Itu jelas (Kerajaan Perpaduan kukuh), saya tak faham kenapa ada isu-isu seperti Langkah Dubai dan sebagainya, melainkan jika ia sekadar sabotaj politik. Berhentilah yang nak 'berlangkah-langkah' ni.
"Dan jika tidak ada akta tersebut pun, ada akta lain seperti Akta Anti Lompat Parti, Akta Hasutan dan sebagainya untuk mengawal semua ini (sabotaj politik)," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Saarani berkata RUU tersebut penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur terhadap kerajaan supaya mereka tidak diganggu oleh kenyataan golongan 'tebuk atap' yang mengancam ekonomi negara. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Ahli Parlimen diseru junjung titah Agong
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk menjunjung titah Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim untuk mengelak dari mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.
1MDB akan dapatkan penjelasan Jabatan Audit berhubung dokumen
1MDB akan segera menghubungi Jabatan Audit Negara untuk mendapatkan penjelasan berhubung dokumen yang dirujuk PAC bagi menyelesaikan audit yang dilakukan jabatan itu.