KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 sekali lagi dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen untuk penelitian lanjut.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan supaya beberapa perkara di bawah RUU itu diteliti semula.
"RUU ini telah dibentangkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat persetujuan untuk membentangkan di Parlimen. Pembentangan bacaan pertama RUU ini menunjukkan kerajaan komited untuk melaksanakan RUU ini.
"Namun mengambil kira sesi libat urus dengan JKPK Kesihatan pada 6 Jun lepas bersama Ahli Parlimen, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terdapat permintaan agar beberapa perkara dilihat dan diperhalusi lebih lanjut.
"Jadi Kementerian Kesihatan mencadangkan ia dirujuk kepada JKPK Kesihatan untuk penelitian lanjut selain jawatankuasa ini yang berfungsi sebagi mekanisme semak dan imbang dengan ambil kira pandangan semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Berikutan usul itu akan dibawa ke jawatankuasa khas, maka tiada pengundian dilakukan pada sidang hari ini.
Ini adalah kali kedua rang undang-undang itu dirujuk kepada JKPK, selepas pertama kali dibentangkan oleh Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin tahun lepas, namun diminta untuk dirujuk kepada jawatankuasa yang sama untuk diperhalusi.
Bulan lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Putrajaya supaya tidak menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu, memetik spekulasi bahawa ia akan dirujuk semula kepada PSC untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu berdasarkan naskah biru yang diedarkan di Parlimen hari ini, rang undang-undang itu bertujuan mengawal penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu bebas merokok.
Menurut Fasal 13 dan 14 rang undang-undang itu yang menyatakan larangan penjualan produk atau bahan merokok, pengganti tembakau atau peranti merokok kepada individu yang lahir mulai 1 Jan 2007 (generasi GEG), selain larangan individu GEG membeli produk rokok atau tembakau di bawah fasal sama.
Rang udang-undang itu turut memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih setahun jika didapati menjual produk berkenaan kepada individu yang lahir mulai 1 Jan 2007.
Selain ini, denda tidak lebih RM500 atau perintah khidmat masyarakat turut dikenakan kepada mana-mana individu generasi GEG yang didapati membeli produk berkenaan.
Umavathi Ramayah
Mon Jun 12 2023

Dr Zaliha menjelaskan rang undang-undang itu adalah yang baharu selepas mengambil kira syor-syor perbincangan JKPK Kesihatan pada tahun 2022. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KKM bentang RUU Kawalan Merokok di Dewan Rakyat hari ini
RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.