KUCHING: Rang undang-undang (RUU) bagi mewujudkan satu ordinan dana kekayaan berdaulat di Sarawak akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri itu pada November ini.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dana itu, yang bermodelkan Dana Pencen Kerajaan Global Norway, akan mula beroperasi pada 2024 selepas RUU tersebut diluluskan.
Dalam perutusan sempena sambutan Gawai Dayak 2022, yang bermula esok, beliau berkata Sarawak kini memiliki rizab kewangan terbesar berbanding negeri lain yang harus dilaburkan semula untuk memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.
"Pertambahan kepada simpanan negeri ini harus dilaburkan semula sebahagiannya bagi memberi pulangan hasil yang memberi manfaat kepada generasi akan datang melalui sebuah dana yang dinamakan dana kekayaan berdaulat," katanya.
Abang Johari berkata masa depan Sarawak amat cerah dengan memiliki banyak sumber yang boleh digunakan untuk menjadikan negeri itu kuasa ekonomi di rantau Asia Tenggara manakala ramai pelabur ingin datang kerana kelebihan Bumi Kenyalang dari segi kestabilan politik dan perpaduan rakyat.
Beliau juga berkata masa depan yang terjamin ini akan turut dinikmati oleh kaum Dayak di Sarawak dengan menambah nilai tanah adat iaitu aset besar yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan sama ada melalui perniagaan pertanian, agroperhutanan atau keusahawanan lain.
Abang Johari berkata pindaan juga sudah dibuat ke atas Kanun Tanah Negeri dan Ordinan Perhutanan untuk mempersiapkan Sarawak dalam ekonomi baharu yang turut melibatkan penjagaan alam sekitar serta perniagaan karbon berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan kepada negeri itu.
"Saya yakin langkah-langkah yang telah diperkenal oleh Kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini untuk memperkukuh ekonomi negeri ini, termasuk langkah-langkah yang terbaharu ini, akan menambahkan lagi hasil negeri Sarawak," katanya.
Dalam menyambut Gawai Dayak yang telah diinstitusikan sebagai usaha membina identiti dan titik penyatuan kaum Dayak Sarawak, Abang Johari berharap amalan keselamatan akan diteruskan bagi mengekang COVID-19 dan semasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat semasa perayaan ini.
"Saya amat berharap musim perayaan ini disambut dalam suasana yang santai yang boleh menjadi wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam usaha memperkukuh perpaduan serta iltizam kaum Dayak ke arah penglibatan yang lebih aktif dalam proses pembangunan negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dana itu, yang bermodelkan Dana Pencen Kerajaan Global Norway, akan mula beroperasi pada 2024 selepas RUU tersebut diluluskan. - Gambar fail/BERNAMA
Op Sky: Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu
SPRM mendapati syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, menawarkan komisen kepada pelanggannya yang memperkenalkan pelanggan baharu.
AWANI Borneo [4/2/2025] – Tahap Buruk | APM Bantu Calon SPM Terperangkap | Kenal Pasti Lokasi Berisiko
Tumpuan AWANI Borneo 4 Feb 2025 bersama Pia Ernadya
- Hujan berterusan tahap buruk di Sabah dan Sarawak diramal sehingga Rabu
- APM Sandakan bantu calon SPM terperangkap di kampung ke sekolah
- Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Hujan berterusan tahap buruk di Sabah dan Sarawak diramal sehingga Rabu
- APM Sandakan bantu calon SPM terperangkap di kampung ke sekolah
- Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.
Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, kajian ini bertujuan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta mencadangkan langkah mitigasi yang perlu diambil dengan kadar segera.
Semua pihak perlu bekerjasama tangani banjir - Jeffrey
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata beberapa pendekatan perlu dilaksanakan antaranya penyelenggaraan parit-parit di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 170.5 km yang dijalankan secara berkala dengan skop utama pembersihan kelodak dan tumbuh-tumbuhan di dalam parit.
Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.
JPBD Sibu fokus usaha hantar bantuan makanan di Sibu
AWANI Borneo menyertai operasi khas penghantaran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di luar bandar Sibu, yang diketuai Pejabat Kebajikan Masyarakat Sibu
JBPM terima lebih 900 panggilan kecemasan di Sabah, Sarawak
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata panggilan yang paling tinggi diterima di Sarawak dengan 550 panggilan
RUU dana kekayaan berdaulat Sarawak akan dibentang November ini
Rang undang-undang (RUU) bagi mewujudkan satu ordinan dana kekayaan berdaulat di Sarawak akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri itu pada November ini.