PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 adalah manifestasi penting bagi menunjukkan kesalahan gangguan seksual adalah satu pelanggaran hak asasi manusia serta keganasan berasaskan gender, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata rang undang-undang itu diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai gangguan seksual agar perkara tersebut tidak dinormalisasi.
"RUU ini akan menyumbang ke arah pewujudan persekitaran yang selamat kepada masyarakat khususnya wanita," menurutnya dalam kenyataan selepas bacaan kali pertama RUU itu di Dewan Rakyat hari ini.
RUU itu, yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, antara lain mengusulkan penubuhan tribunal bagi mengendali aduan gangguan seksual.
Mengikut rang undang-undang itu, Tribunal Antigangguan Seksual menghendaki keanggotaan melibatkan presiden dan timbalan presiden yang dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan kehakiman serta perundangan.
Rina berkata antara elemen penting dalam RUU Antigangguan Seksual 2021 itu ialah penggunaan definisi gangguan seksual yang komprehensif dan terpakai untuk semua serta pemakaian undang-undang yang lebih meluas tanpa mengira kesalahan berlaku di tempat kerja atau di mana-mana lokasi lain.
Elemen lain adalah penambahbaikan terhadap sistem perundangan sedia ada dalam pengendalian aduan gangguan seksual iaitu menerusi penubuhan tribunal khusus.
Selain itu, standard pembuktian perlakuan gangguan seksual di tribunal yang mengguna pakai pembuktian secara imbangan kebarangkalian dan tebus rugi kepada mangsa melalui pemberian remedi bersesuaian yang tidak hanya bersifat punitif serta pengajaran terhadap responden sahaja.
Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk ahli Parlimen bagi menyampaikan mesej yang jelas mengenai pembaharuan struktur melalui penggubalan RUU itu untuk menangani kelompangan perundangan dan menambahbaik sistem keadilan sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021

Rina berkata rang undang-undang itu diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai gangguan seksual agar perkara tersebut tidak dinormalisasi. - Gambar fail/BERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Dewan Rakyat lulus RUU Antigangguan Seksual selepas 10 tahun dirangka
Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dan dibahas oleh 26 Ahli Parlimen.

RUU buktikan gangguan seksual adalah keganasan berasaskan gender - Rina
Rina berkata rang undang-undang itu diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai gangguan seksual agar perkara tersebut tidak dinormalisasi.