KUALA LUMPUR: Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, sesi libat urus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telahpun berada di peringkat akhir.
"Setakat ini libat urus yang dilakukan telah berjalan dan semua negeri termasuk Majlis Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri telah dijemput menghadiri sesi libat urus tersebut.
"Saya difahamkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff bahawa libat urus itu di peringkat akhir, jadi laporan belum lagi disediakan dan mereka akan sediakan laporan libat urus itu kepada saya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, pagi tadi.
Media sebelum ini melaporkan kertas cadangan rang undang-undang itu sudah berada di peringkat Jabatan Peguam Negara, namun tidak sempat dibentangkan berikutan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Mohd Na'im bercakap selepas perasmian Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini. - Foto Bernama
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
RUU 355 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Mohd Na'im
Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat akhir.
PAU 2023: "Mana pergi RUU355?" - Zahid Hamidi
Presiden UMNO persoal pendirian segelintir pihak berhubung agenda Rang Undang-Undang 355 yang pernah dibangkitkan sebelum ini.
Pas akui wujud 'ketakutan' terhadap RUU 355
Pas mengakui masih wujud 'ketakutan' sesetengah pihak terhadap Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355.
Apakah maksud Undi Tidak Percaya? Ini jawapan Pakar Perlembagaan
Undi tidak percaya adalah penyataan atau undi yang menyatakan bahawa seseorang tidak lagi sesuai untuk memegang jawatan.
Muktamar Pas ke-66: Medan ujian buat Pas selepas kembali menjadi parti kerajaan
Muktamar Tahunan Pas ke-66 melakar sejarah sejak parti Islam itu kembali berada dalam Kabinet kerajaan selepas 43 tahun.
RUU Mahkamah Syariah: "Yang kritik tu budak lagi" - Presiden Pas
Negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas seperti Terengganu dan Kelantan sudah laksanakan RUU itu melalui peruntukan Enakmen Syariah sedia ada.
Pas akur belum berpeluang bahas RUU 355 - Takiyuddin
PAS berpuas hati dengan penjelasan diberikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila disoal mengenai status usul RUU 355 yang sudah dibentangkan namun belum lagi dibahaskan.
Masih belum terlambat untuk Pas bersama Pakatan Harapan - AMK Kelantan
Adalah masih belum terlambat buat Pas untuk bersama Pakatan Harapan, ujar wakil AMK Kelantan, Tarmizi Yusof.
Ceritalah ASEAN - 'Peperangan Budaya': Afiq dan Muna
Secara umumnya, ada dua paksi yang bertentangan: pertama, pandangan yang cenderung kepada Barat dan berasaskan kepada common law.
Muktamar Pas: DAP musuh lebih besar berbanding UMNO - Perwakilan
Perwakilan Pas Pulau Pinang hari ini menyifatkan parti DAP sebagai musuh Pas yang jauh lebih besar berbanding UMNO.