Sejumlah 83 individu telah ditahan polis untuk membantu siasatan kes kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini, pada Isnin lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata semua yang ditahan adalah warga tempatan, lapor Bernama.
"Setakat pukul 8 pagi ini kami telah tahan 83 individu untuk siasatan dan ada beberapa lagi sedang diburu.
"Semalam kami telah senaraikan beberapa individu terbabit dalam kekecohan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Kolej UniKop di Maktab PDRM di sini, hari ini.
Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata PDRM sedang mengesan 28 orang saksi untuk membantu siasatan berhubung insiden rusuhan itu dan memohon kesemua saksi berkenaan tampil memberi kerjasama.
Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.
Kejadian itu juga menyebabkan seorang anggota polis cedera selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam.
Bernama
Tue Dec 04 2018
MOHAMAD FUZI: Setakat pukul 8 pagi ini kami telah tahan 83 individu untuk siasatan dan ada beberapa lagi sedang diburu. -Gambar fail
Perdana Menteri Jepun diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Perdana Menteri Jepun yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran hutan di Los Angeles
Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Kamala Harris membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau.
Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa, 14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskhah al-Quran.
Mangsa banjir di Perak bertambah hari ini
Lapan belas orang daripada lima keluarga berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai berbanding 15 orang daripada empat keluarga semalam.
Key trends and challenges from 2024, insights for 2025
Dive into the pivotal trends that shaped Malaysia's property market in 2024 and uncover expert insights for navigating the challenges and opportunities of 2025 with Sr Sulaiman Saheh, Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd. Discover the surprising trends that shaped the past year and get expert predictions for 2025. From market dynamics and affordability to sustainability and foreign investment, this interview covers all the critical insights you need to navigate the property landscape.
AWANI Pagi: Garis panduan pastikan konsert bebas dadah
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, melihat isu keselamatan, kesedaran dan penguatkuasaan berhubung garis panduan untuk memastikan penganjuran konsert bebas dadah.
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 10 Januari 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi Selasa.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
Rusuhan kuil: 83 individu ditahan setakat 8 pagi - Fuzi
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata semua yang ditahan adalah warga tempatan.