Kerajaan Rusia menerusi kedutaan negara itu di sini telah menawarkan biasiswa penuh kepada dua pelajar Malaysia bagi mengikuti program pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Tenaga Nuklear.
Penolong Pengarah, Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia, Alena Belozertseva berkata tawaran biasiswa itu adalah sebagai langkah untuk pertukaran ilmu antara Rusia dan Malaysia.
"Setiap tahun, kami menerima kedatangan kira-kira 600 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di Rusia terutama dalam bidang perubatan dan kejuruteraan," katanya kepada Bernama sempena majlis sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Moscow dan Kuala Lumpur, di sini semalam.
Pada masa ini, kerajaan Rusia menawarkan 11 biasiswa dan dua darinya diperuntukkan untuk program ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Tenaga Nuklear.
Sementara itu, Duta Rusia di Malaysia, Valery Yermolov berkata beliau berharap akan wujud penerbangan langsung antara Moscow dan Kuala Lumpur dalam masa akan datang.
"Malaysia adalah sebuah destinasi menarik untuk dikunjungi dan sejumlah kira-kira 50,000 rakyat Rusia melawat Malaysia setiap tahun,' katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu, berkata tawaran dua biasiswa itu adalah petanda baik bahawa negara bekas Soviet itu ingin berkongsi kepakaran mereka dalam bidang teknologi canggih dengan Malaysia.
"Hubungan diplomatik ini akan menjadi lebih kukuh dan ia pasti memberi manfaaat kepada generasi akan datang," katanya.
Mengenai cadangan mengadakan penerbangan langsung, katanya, cadangan tersebut perlu dipertimbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.
"Rusia adalah sebuah negara yang besar. Penerbangan tidak semestinya hanya ke Moscow...mungkin ia dari Kuala Lumpur ke bahagian timur Rusia kerana tempat itu menarik untuk dikunjungi," katanya.
Awal bulan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Malaysia sudah bersedia untuk tenaga nuklear dan laporan akhir Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Misi Fasa 1 akan dibentangkan kepada Kabinet.
Terdahulu, lebih 100 ekspatriat Rusia dan Malaysia menghadiri majlis sambutan ulang tahun itu dan mereka turut dihiburkan dengan persembahan pemuzik Rusia yang menggunakan alat muzik tradisional negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017
NUR JAZLAN: Tawaran dua biasiswa itu adalah petanda baik bahawa negara bekas Soviet itu ingin berkongsi kepakaran mereka dalam bidang teknologi canggih dengan Malaysia. -Gambar fail
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Rusia taja dua pelajar Malaysia ikuti pengajian nuklear
Tawaran biasiswa itu adalah sebagai langkah untuk pertukaran ilmu antara Rusia dan Malaysia.