INSIDEN bayi yang baru lahir dibuang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan orang ramai turut melahirkan rasa marah terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusian itu.
Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan lebih daripada 100 orang bayi dibuang setiap tahun di Malaysia.
Kebanyakan bayi itu dibuang di dalam timbunan sampah dengan 60 peratus daripadanya mungkin sudah tidak bernyawa lagi apabila dijumpai kerana disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang atau terbakar sehingga tidak dapat dikenali.
Ada juga yang bernasib baik dan diselamatkan serta mendapat peluang untuk hidup.
Betapa tidak berhati perut si ibu yang sanggup membuang bayinya sedangkan ada pilihan untuk menyerahkan bayi mereka sebagai anak angkat?
Terdapat dua badan bukan kerajaan yang sedia membantu remaja perempuan yang mengandung sebagai daya usaha membantu mengurangkan kes pembuangan bayi.
OrphanCare Foundation yang berpejabat di Petaling Jaya bekerjasama erat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengendalikan tiga pusat perlindungan bayi dan menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk kaunseling dan mengatur keluarga angkat.
Sheerin Khan dari OrphanCare Foundation berkata, antara sebab mengapa si ibu membuang bayi yang baru dilahirkan ialah pantang larang sosial, hamil di luar ikatan perkahwinan dan usia yang terlalu muda untuk menjadi ibu.
“Remaja perempuan yang membuang bayi mereka boleh jadi gadis belasan tahun yang baru selesai mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau pelajar universiti. Bukan remaja yang tidak berpendidikan sahaja yang terjerat dengan kes membuang bayi,” katanya.
Jangan cepat menghukum
Ketua Pegawai Yayasan Chow Kit (YCK), Ananti Rajasingam berkata, kebanyakan ibu yang tidak berkahwin ini tidak mendapatkan bantuan atau sokongan kerana takut masyarakat memandang rendah terhadap mereka.
“Sebelah tangan bertepuk takkan berbunyi. Dalam keadaan ini, yang perempuannya yang menanggung beban, yang lelaki pula lepas begitu sahaja," katanya.
Menurut beliau, ibu yang tidak berkahwin lazimnya tidak mendapat sokongan daripada masyarakat atau lelaki yang bertanggungjawab menjadikan dirinya mengandung.
"Kalaulah masyarakat tidak terlalu cepat menghukum, ibu yang malang ini boleh diperkasakan," katanya sambil menambah, pandangan orang ramai terhadap ibu yang tidak berkahwin ini perlu berubah.
"Mereka perlu lebih membantu. Jika pandangan seperti ini tidak berubah, lebih ramai perempuan akan membuang bayi mereka, " kata Ananti lagi.
Beliau berkata, kebanyakan ibu yang tidak berkahwin di Kuala Lumpur bukan orang tempatan tetapi dari negeri lain seperti Kedah, Pahang atau Kelantan yang datang ke bandaraya itu untuk mencari pekerjaan.
Sebahagian besar daripada mereka tinggal sendiri dan mula berkenalan dengan lelaki dan akhirnya mengandung.
"Saya tak kata perempuan di KL tak mengandung di luar perkahwinan. Cuma kebanyakan mereka tahu tentang melakukan hubungan seks secara selamat (tidak hamil)," tambahnya.
Banyak juga kes pekerja asing perempuan yang membuang bayi mereka selepas terlibat dalam hubungan haram.
“Malah sesetengah daripada mereka mempunyai keluarga di negara masing-masing. Daripada apa yang saya perhatikan, kebanyakan pekerja asing perempuan yang mengandung ini adalah matang dan tahu akibat perbuatan mereka," tambahnya.
Pilihan untuk ibu yang belum berkahwin
Menurut Ananti, YCK menyediakan rancangan jangka panjang untuk ibu yang tidak berkahwin dan mahu memelihara bayi masing-masing.
“Kami boleh menjaga bayi mereka sewaktu mereka keluar bekerja dan sebaik sahaja mereka sudah stabil dari segi kewangan, mereka boleh ambil bayi mereka.
"Kami juga menyediakan kaunseling dan terpulang jika mereka mahu memberikan anak mereka sebagai anak angkat. Jika ibu yang tidak berkahwin itu terlalu muda, kami akan memanggil keluarganya untuk berbincang dan untuk mendapatkan kebenaran mereka," katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun akan datang, YCK merancang membina pusat pembelajaran untuk melatih pekerja sosial untuk pergi berjumpa anak muda dalam masyarakat yang terpinggir dan yang tinggal di kawasan golongan orang miskin di bandar.
Menurut laporan media, purata 18,000 gadis belasan tahun di Malaysia hamil setiap tahun.
Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes melibatkan kehamilan di luar ikatan perkahwinan.
Pentadbir projek OrphanCare Foundation, Syarhah Mohamed Tahir berkata, pada 2009, pertubuhan itu menubuhkan pusat perlindungan bayi di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani (Kedah).
Langkah tersebut untuk membolehkan si ibu meninggalkan bayi mereka di pusat berkenaan dan bukan membuang bayi mereka.
Pertubuhan itu bekerjasama dengan Hospital KPJ yang mempunyai lapan pusat perlindungan bayi di seluruh negara.
Sehingga Mac 2019, seramai 360 orang bayi dihantar ke OrphanCare Foundation - 277 menerusi pusat perlindungan bayi dan 133 menerusi ibu kandung mereka.
Ketua Pegawai Esekutif OrphanCare Foundation, Yuzila Yusof berkata, mereka merancang memberi latihan kemahiran kepada wanita yang mengandung yang berada di bawah jagaan mereka.
Latihan kemahiran itu termasuk bakeri atau menjahit supaya “mereka boleh berdikari.”
OrphanCare Foundation boleh dihubungi di nombor at 03-7770 1900 atau 010-283 0528. - Bernama
Bernama
Fri Apr 05 2019

Menurut laporan media, purata 18,000 gadis belasan tahun di Malaysia hamil setiap tahun. - Gambar hiasan
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Rupa-rupanya lebih 100 bayi dibuang setiap tahun di Malaysia
Insiden bayi yang baru lahir dibuang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan orang ramai turut melahirkan rasa marah terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusian itu.