IPOH: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini, akan menggunakan alat pengesan logam bagi mengesan kedudukan bangkai jengkaut.
Timbalan Komander Operasi 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Umrani Che Mat berkata alat pengesan logam kendalian pihak swasta itu akan digunakan bagi mengenal pasti lokasi sebenar jentera berat itu yang dipercayai tertimbus bersama mangsa.
Justeru katanya kerja-kerja pengalihan bongkah batu dan membuat laluan ke lokasi permukaan runtuhan dipercayai kedudukan terakhir mangsa yang berbaki 20 meter telah siap dilakukan hari ini.
“Mengikut spesifikasi alat pengesan logam itu, ia mampu mengesan bahan logam dengan kedalaman 5 ke 6 meter. Akan tetapi kita mengesyaki kedudukan bangkai jengkaut atau mangsa yang tertimbus itu berada pada kedalaman 15 ke 20 meter.
“Jadi pada hari ini kerja-kerja pengalihan batu masih berjalan supaya kita dapat mengurangkan paras kedalaman permukaan, yang mana lokasi dipercayai mangsa berada di bawahnya.
“Dengan kerja-kerja yang dilakukan hari ini, kami menjangkakan ia dapat pergi sehingga kedalaman 10 meter, dan ia berkemungkinan akan memudahkan lagi pengesanan alat pengesan logam itu.
“Apabila kedudukan sebenar bangkai jengkaut itu dapat dikenal pasti, maka kami percaya kedudukan mangsa tidak jauh daripada situ,” katanya ketika ditemui pemberita pada operasi hari kelapan di sini, pada Selasa.
Pada masa sama, Umrani memberitahu selain daripada pengalihan bongkah batu, pasukan penyelamat yang terlibat juga turut melakukan kerja-kerja untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika operasi.
Katanya ia termasuk membuka sebuah laluan keluar kedua untuk pasukan penyelamat sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini sepanjang operasi mencari dan menyelamat berjalan.
"Disamping pasukan melakukan pencarian, kita juga membuat laluan tambahan yang tembus belakang runtuhan untuk dijadikan lokasi perlindungan. Sekiranya berlaku runtuhan di luar jangkaan seperti dinding-dinding baru jatuh, anggota kita akan berlindung di sebelah sana," katanya.
Terdahulu Exco Kerajaan Perak, Razman Zakaria turut hadir ke lokasi bagi meninjau perkembangan terkini operasi mencari dan mengeluarkan dua pekerja kuari yang dikhuatiri tertimbus dekat sini.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kar Hing; ADUN Teja, Sandrea Ng Shy Ching serta Pegawai Daerah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik.
Yahaya ketika ditemui berkata pihaknya menjangkakan kedudukan terakhir dipercayai dua mangsa itu tertimbus dapat dikenal pasti dalam tempoh sehari ke dua hari lagi.
“Walau bagaimanapun perkara itu masih bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan cerun sama ada berlaku runtuhan susulan atau tidak. Dua faktor ini penting dalam operasi ini,” jelas beliau.
Operasi hari ini membabitkan kekuatan 52 anggota daripada pelbagai agensi dan pasukan antaranya Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan sebagainya.
Dalam kejadian sekitar jam 9.15 pagi Selasa lalu, dua pekerja kuari yang dipercayai tertimbus runtuhan batu dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.
Amirrul Rabbani
Tue Mar 15 2022
Kerja-kerja pengalihan bongkah batu dan membuat laluan ke lokasi permukaan runtuhan dipercayai kedudukan terakhir mangsa yang berbaki 20 meter telah siap dilakukan hari ini. - JBPM
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Kuari runtuh: Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua berjaya dibawa keluar
Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua dalam insiden runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berjaya dibawa keluar dari lokasi.
Runtuhan kuari: Bangkai jengkaut kedua ditemukan
Pasukan penyelamat hari ini menemui sebuah lagi bangkai jengkaut dalam operasi mencari mangsa terakhir yang terlibat dalam insiden runtuhan kuari di Keramat Pulai.
Runtuhan kuari: JBPM guna khidmat K9, cuba kesan seorang lagi mangsa
Bomba akan menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) bagi mencari seorang lagi pekerja kuari yang dikhuatiri masih tertimbus di tapak kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Kuari runtuh: Tunggu keputusan koroner berhubung status mangsa - Ketua Polis Perak
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata setakat ini pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut.
Runtuhan kuari: UTP bantu operasi pencarian dua mangsa tertimbus
Universiti Teknologi Petronas guna peralatan khas yang boleh mengesan jentera jengkaut pada kedudukan yang sukar.
Runtuhan kuari: Letupan kecil untuk pecah batu
Operasi hari ke-13 mencari mangsa masih diteruskan dengan membuat pemantauan bagi kerja-kerja pengalihan batu.
Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus
Ia hasil perbincangan JBPM bersama semua agensi yang terlibat di dalam operasi pagi ini.
Runtuhan kuari: MB Perak sangkal dakwaan abai kebajikan keluarga mangsa
Saarani menyangkal dakwaan bahawa kerajaan negeri mengabaikan bantuan kebajikan kepada keluarga dua mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kuari.
Runtuhan kuari: 'Menantu saya orang baik'
Dia bersama anaknya, Wak Uda Bah Kim yang juga isteri kepada mangsa setiap hari akan ke lokasi kejadian bagi menantikan perkembangan terkini operasi SAR Itam.
Operasi SAR runtuhan kuari guna kaedah letupan terkawal - Ketua Polis Perak
Ia bagi membersihkan laluan yang terhalang oleh bongkah batu besar, bagi mengesan kedudukan sebenar dua mangsa berkenaan.