IPOH: Kesemua empat mangsa yang terlibat dalam kejadian bukit batu kapur runtuh di kawasan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh pada pagi Selasa, telah dikenal pasti.
Dua mangsa yang berjaya menyelamatkan diri ialah Pan Bah Tam, 38, yang mengalami kecederaan ringan dan Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami cedera parah patah kaki.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua yang masih hilang pula ialah Kheow Loo Siew Soon, 49 dan Itam Bah Lasoh, 43.
Beliau turut mengesahkan syarikat terlibat mempunyai lesen untuk menjalankan kerja-kerja kuari.
"Untuk makluman pada hari ini, tiada proses letupan dibuat, semalam ada proses letupan dan syarikat ini memang syarikat yang telah diberi lesen untuk menjalankan kerja kuari dan lesen mereka sah.
"Hari ini, semasa kerja dibuat tiba-tiba tanah runtuh, tiba-tiba tanah runtuh, macam-macam faktor. Faktor kawasan persekitaran kawasan ini sememangnya kawasan kuari. Ada banyak kuari-kuari lain lagi. Jadi, kita sedang buat kajian apakah punca sebenarnya tapi memang kejadian tu berlaku lebih kurang 9.15 pagi tadi," kata Mior.
BACA: Runtuhan batu kuari: Dua cedera, dua hilang dikhuatiri tertimbus
Sementara itu, isteri mangsa, Itam Bah Lasoh, Wak Uda Bah Kim berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang kenalan yang bekerja di tempat yang sama.
BACA: Runtuhan batu kuari: Pergerakan tanah dikhuatiri masih berlaku
"Saya tergesa-gesa sangat, waktu (jam) tidak sempat saya tengok, apa pun tak tengok, saya terus ke sini dengan saya, adik saya, untuk melihat keadaan macam mana, macam mana kemalangan itu terjadi," kata Itam.
"Harapan saya kalau boleh diberkati Tuhan, panjang umur, selamat di atas itu walaupun dia tertimbus. Memang nak sangat dia selamat," katanya, ketika ditemui Astro AWANI, di lokasi insiden, di sini, pada Selasa.
Dalam insiden pagi Selasa itu, dua orang dilaporkan terselamat manakala dua lagi masih hilang apabila bukit batu kapur di sebuah kawasan kuari berkenaan.
Berdasarkan maklumat, terdapat empat mangsa, dua dapat menyelamatkan diri manakala dua yang lain masih tertimbus di bawah runtuhan batu.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Mar 08 2022

Keluarga mangsa yang hilang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari kelihatan sebak ketika ditemui di kawasan Tambun, Simpang Pulai pagi tadi. - fotoBERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Runtuhan batu kuari: Syarikat terlibat ada lesen operasi
Kesemua empat mangsa yang terlibat dalam kejadian bukit batu kapur runtuh di kawasan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh pada pagi Selasa, telah dikenal pasti.