Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia sentiasa menghargai dan memelihara keamanan serta kemakmuran yang dikecapi serta merungkai rasa prejudis antara satu sama lain demi memastikan kelangsungan dan kestabilan negara terus dikekalkan.
Beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa bukan mudah untuk membina dan memastikan kelangsungan sebuah negara yang stabil seperti Malaysia hari ini.
Malah dalam konteks Islam, katanya perpaduan nasional yang tuntas tidak mungkin dicapai jika tiadanya kesepakatan (ijmak) di kalangan umatnya dalam perkara-perkara asas beragama, dan polemik tanpa kesudahan hanya akan merugikan semua pihak.
Berucap menyampaikan perutusan Aidilfitri 2013, Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana rakyat di negara ini masih berpeluang meraikan hari lebaran dalam keadaan aman dan bebas daripada peperangan, persengketaan, mahupun bencana alam melampau, sepertimana yang melanda saudara-saudara seakidah di beberapa negara seluruh dunia.
"Makanya, pada hari-hari kebesaran seperti ini, atas nama negara yang tercinta, pupuklah dan teruskanlah menyemai bibit-bibit kesatuan sesama kita, bukannya perpecahan demi pengukuhan perpaduan kebangsaan," katanya.
Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung di RTM.
Beliau juga mahu rakyat negara ini mengambil iktibar daripada pengalaman dan pergolakan yang sedang dihadapi beberapa negara luar yang berlaku kerana fahaman melampau yang menjadi elemen negatif yang memporak-perandakan sesebuah negara bangsa dan menghancurkan kelestarian tamadunnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyeru umat Islam di negara ini agar tidak tersasar daripada ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah baik daripada segi akidah, syariah dan keperibadian.
Katanya kerajaan telah memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan UndangUndang Islam, dengan demikian penyebaran apaapa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.
Penetapan dasar itu, katanya sesuai dengan konsep maqasid syariah yang meletakkan pemeliharaan agama sebagai objektif utamanya.
"Kerana itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam supaya berwaspada dan berhati-hati, janganlah sesekali terpedaya pada pengaruh atau fahaman menyimpang yang sedang menular dan cuba merosakkan tradisi amalan Islam di Malaysia ini," katanya.
Najib berkata umat Islam di negara ini haruslah memahami bahawa penetapan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai mazhab rasmi negara adalah bertujuan untuk mempastikan kesucian akidah dan syariah Islam dapat dibela sekali gus dipertahankan agar perpaduan umat Islam sentiasa berkekalan.
"Sebagai umat Islam, kita seharusnya berwaspada dan berhati-hati dengan fahaman yang menyongsang daripada ajaran murni Ahli Sunnah Wal-Jamaah selama ini. Pokoknya, kita tidak mahu sifat taksub dan fanatik yang akan mengelirukan rakyat khususnya orang Islam kerana akan memecahbelahkan ummah," katanya.
Seterusnya perdana menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil yang jernih dengan meruntuhkan dan merungkaikan prejudis antara satu sama lain, sebaliknya membuka 'pintu hati' dan pintu rumah dengan jujur dan ikhlas dalam meraikan perayaan Aidilfitri.
Beliau juga mahu rakyat meneruskan tradisi kunjung-mengunjung dan mempertautkan muhibah rakyat Malaysia.
Perdana Menteri turut mengajak masyarakat Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada prajurit tanah air terutamanya yang bertugas di perbatasan, serta anggota pasukan keselamatan yang sejak sekian lama telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.
Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib turut mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf bagi pihak dirinya, isteri serta keluarga di atas apa-apa kekhilafan dan memanjatkan doa supaya seluruh rakyat negara ini dapat menyambut hari lebaran kali ini dengan penuh kegembiraan di samping mereka yang tersayang.
Bernama
Wed Aug 07 2013
Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus
Sorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai dalam kejadian banjir kilat di Kilometer 4 Jalan Selirik di Kapit.
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
Ahmad Zahid minta mangsa banjir utamakan keselamatan, patuhi arahan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mereka yang berada di kawasan berisiko banjir supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
[TERKINI] Warga emas maut dihanyut arus deras di Kapit
Seorang warga emas maut selepas keretanya dihanyutkan arus deras di kilometer 4, Jalan Selirik, Kapit.
Kantin sekolah boleh bincang dengan ibu bapa untuk naik harga - Fadhlina
Pengusaha kantin sekolah boleh mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah serta wakil PIBG untuk mendapatkan persetujuan sebelum menaikkan harga jualan makanan di kantin sekolah.
PGK bukan metrik utama kelayakan bantuan kebajikan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bukan satu-satunya kaedah yang digunapakai kerajaan bagi menilai kelayakan individu bagi permohonan bantuan kebajikan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat pelbagai faktor lain yang diambil kira untuk memastikan mereka yang layak dan berkeperluan mendapat akses kepada bantuan disediakan oleh kerajaan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat pelbagai faktor lain yang diambil kira untuk memastikan mereka yang layak dan berkeperluan mendapat akses kepada bantuan disediakan oleh kerajaan.
Kes penipuan kewangan perlu disiasat, lindung hak pengguna
Bank Negara Malaysia telah menetapkan keperluan ke atas institusi kewangan untuk menjalankan siasatan terperinci dan telus untuk setiap kes penipuan kewangan bagi memperkukuhkan perlindungan terhadap hak pengguna.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) m. Kulasegaran, pihak bank juga bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kerugian penipuan yang berlaku secara atas talian sekiranya ia berlaku atas kelemahan bank sendiri.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) m. Kulasegaran, pihak bank juga bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kerugian penipuan yang berlaku secara atas talian sekiranya ia berlaku atas kelemahan bank sendiri.
[TERKINI] Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.