BANDAR SERI BEGAWAN: Rundingan tahunan pemimpin Malaysia dan Brunei (ALC) yang bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara akan diadakan di Malaysia pada tahun ini.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pertemuan tahunan dua pemimpin utama dan pegawai kanan dari kedua-dua negara itu bagi mendalami perkara-perkara yang perlu diselaraskan.
"Tahun ini di Malaysia, sebelum ini di Bandar Seri Begawan pada 2021. Ini juga adalah antara perbincangan empat mata saya dengan Menteri Luar Kedua Brunei Datuk Seri Erywan Mohd Yusof semalam.
"Kami bincang dalam usaha kukuhkan hubungan dua negara. Melalui ALC, juga ada beberapa mesyuarat, Pertukaran Surat termasuk hal-hal kita persetujui bersama," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.
Menurut Zambry dalam pertemuan dengan Erywan, mereka juga ada membincangkan mengenai ASEAN terutama usaha untuk memperkukuh hubungan dalam ASEAN dan tindakan bersama menangani isu dalam negara-negara ASEAN termasuk kedudukan Myanmar.
Beliau berkata mereka turut berbincang mengenai suasana dalam dunia Islam dan bagaimana Brunei yang menjadi negara contoh dapat dijadikan rujukan.
Zambry berada di Brunei bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan rasmi dua hari bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023
Zambry semasa sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei selama dua hari. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia
Malaysia dan Indonesia menyasarkan hubungan dagang dua hala antara kedua-dua negara mencecah US$30 bilion dolar (RM91.7 bilion) menjelang 2015.