KUALA LUMPUR: Perbincangan dan rundingan seterusnya mengenai hala tuju projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Johor Bahru akan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan.
Keputusan itu merupakan langkah terbaru kerajaan dalam rundingan projek berkenaan yang sebelum ini diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bahkan, menurut Mustapa, sejak 2013, semua rundingan mengenai projek HSR diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
“Pada pertengahan 2020, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya saya mengetuai rundingan untuk memuktamadkan projek ini dengan Singapura.
“Pada masa ini, kerajaan sedang dalam proses memindahkan syarikat MyHSR, syarikat bertujuan khas yang bertanggungjawab merundingkan hal-hal teknikal mengenai projek HSR, daripada pengawasan Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pengangkutan.
“Oleh hal yang demikian, kesemua perbincangan dan rundingan seterusnya mengenai hala tuju projek ini akan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang membangkitkan isu HSR, termasuk sama ada rundingan dapat memastikan harga asalnya sebanyak RM100 billion boleh dikurangkan kepada RM50 bilion.
Tambah Mustapa, kajian dayamaju projek HSR Kuala Lumpur-Iskandar Puteri yang bermula Februari lepas sudah selesai dan hasilnya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, kemungkinan untuk menghidupkan semula projek HSR KL-Singapura ini masih dalam perbincangan peringkat awal.
“Oleh itu, pertanyaan Yang Berhormat sama ada kos projek boleh dikurangkan kepada RM50 bilion tidak berbangkit.
“Mengikut anggaran yang dibuat oleh Malaysia, di bawah model yang dicadangkan iaitu HSR 2.0 (Baharu), kos projek adalah jauh lebih rendah daripada kos cadangan HSR 1.0 atau HSR 2.0.
“Di antara struktur model yang terkandung dalam cadangan HSR 1.0 dan 2.0, ialah pewujudan sebuah Assetco.
"AssetCo adalah syarikat yang dimiliki pihak swasta dan dikawal selia bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Singapura,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Thu Dec 09 2021
Mustapa berkata, kajian dayamaju projek HSR Kuala Lumpur-Iskandar Puteri yang bermula Februari lepas sudah selesai dan hasilnya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.