Penduduk Rumah Raweng di sini bersyukur kerana rumah panjang yang didiami mereka lebih empat tahun lalu akhirnya menerima bekalan elektrik sepenuhnya.
Mereka selama ini hanya bergantung kepada kuasa generator bagi mendapatkan bekalan elektrik.
"Saya akan memastikan kehendak dan keperluan masyarakat setempat terutamanya di kawasan Parlimen saya dipenuhi. Ini merupakan sebahagian daripada permintaan yang ditunaikan dalam Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar, dalam ucapannya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat hari ini.
Rumah panjang kaum Iban dengan 12 pintu ini didiami oleh kira-kira 70 penghuni yang rata-ratanya bergantung hidup sebagai petani dan bekerja sendiri.
"Di bawah kepimpinan Barisan Nasional penduduk dapat menikmati apa yang mereka sepatutnya perolehi terutamanya perkara-perkara asas seperti bekalan elektrik dan air bersih," kata Tuai Rumah Raweng, AK Jalong.
Program BELB dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah di kampung-kampung tradisional di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, termasuklah rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak.
Noraida Abdul Kassim
Sat Apr 30 2016
Program BELB dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah di kampung-kampung tradisional di luar kawasan PBT. - Foto Astro AWANI / Noraida Abdul Kassim
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Rumah Panjang Raweng di Sri Aman akhirnya terima bekalan eletrik
Rumah panjang kaum Iban dengan 12 pintu ini dihuni oleh kira-kira 70 orang yang rata-ratanya bergantung hidup sebagai petani dan bekerja sendiri.